Saturday, October 1, 2011

Tersurat dan Tersirat



Bagi saya orang yang tersirat merupakan seorang yang peka dan prihatin terhadap apa-apa yang berlaku di sekelilingnya. Orang seperti ini selalunya dapat mengetahui dan merasai dirinya sendiri juga keadaan sekelilingnya. Dia juga akan dapat merasai sebarang perubahan yang berlaku tak kira besar mahupun kecil.

Mereka ini juga amat peka tentang keadaan orang lain. Samaada terdapat pertukaran emosi pada orang disekelilingnya atau mudah tersentuh hatinya melihatkan kesukaran yang dihadapi orang lain. Keprihatinan ini akan menyebabkan mereka mengambil tindakan untuk membantu insan yang memerlukan bantuan itu. Sifat-sifat sebegini tidak ada pada orang yang tersurat.

Orang yang tersurat selalunya objektif sifatnya. Mereka melihat sesuatu melalui kaedah saintifik yang bersifat luaran dan bukannya seni.  

Katalah anda sedang membelek sebuah lukisan abstrak dalam satu pameran lukisan. Sekiranya anda seorang yang tersurat anda mungkin akan melihatnya sebagai contengan-contengan warna-warni yang tidak bermakna, tetapi bagi seorang yang tersirat pula anda akan melihatnya dari perspektif yang berbeza. Anda mungkin akan melihatnya sebagai satu lukisan yang mengambarkan seorang yang dalam kesepian melalui kalisannya, seorang yang sukar difahami melalui warna-warna pilihan pelukisnya dan sebagainya.

Seorang penyanyi yang menyanyikan sebuah sedih mungkin tak faham derita yang dilalui oleh pencipta lagu tersebut. Pencipta lagu itu meluahkan kesedihannya melalui gubahan lagu itu tetapi penyanyinya hanyalah menyanyikan apa yang tersurat.

Inilah antara perbezaan orang yang tersurat kalau dibandingkan dengan orang yang tersirat.

Orang yang tersirat ini selalunya melakukan sesuatu perkara tersurat tetapi mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Perselisihan selalu berlaku sekiranya orang yang tersirat dijodohkan dengan orang yang tersurat yang melihat sesuatu perkara ini melalui mata kasar. Kadangkala orang yang tersirat ini kelihatan seperti seorang yang kasar tetapi sebenarnya di dalam hatinya mereka merupakan seorang yang baik.

Seperti biasa saya akan berikan contoh untuk pemahaman yang lebih lanjut, Katalah Azhar berjumpa Kadir, seorang yang berpendidikan tinggi, hidup dalam kemewahan tetapi begitulaser mulutnya. Dia menghina, menohmah dan mencaci Azhar dengan pelbagai cacian. Mencabar Azhar supaya melawannya. Bagi yang tersurat Kadir akan kelihatan seperti orang ini seorang yang sombong dan berlagak. Melihatkan keadaan ini Azharpun menyahut cabarannya menyambung pelajaran yang telah lama tertangguh. Setelah mendapat ijazah Azhar memulakan perniagaan dan kemudiannya berjaya. Kalau difikirkan mungkinkah kerana Kadir, Azhar berbuat demikian. Mungkinkah Kadir tahu dengan bertindak memperkecilkan Azhar akan menyebabkan dia bangkit dari lamunannya seterusnya berusaha lalu menjadi orang yang berjaya? Mungkinkah Kadir seorang yang tersirat dan tahu apa yang perlu dia lakukan untuk membangkitkan Azhar dari mimpinya? Azhar yang pada mulanya terasa begitu terhina akhirnya bertemu dengan Kadir hanya untuk mengatakan ucapan terima kasih padanya.

Perbezaan ini juga boleh menyebabkan perselisihan dan permusuhan antara dua pihak. Jadi perhatikan perbezaan ini antara anda dengan orang disekeliling anda bagi mengelakkan pertembungan yang tidak diingini.

Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini  andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.

Sekian dulu, Terima kasih.

Ikhlas

Haji Faizal Yusup

www.mindaakhirat.com

Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.

www.bicarapelaburan.com

Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai speaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. 

Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.

#mindaakhirat

#faizalyusup

No comments:

Post a Comment