Tuesday, October 4, 2011

Sifat Menghargai Dan Berterima Kasih





Sebenarnya untuk menjadi seorang yang baik, berbudi pekerti mulia dan mempunyai akhlak yang mulia yang disegani maka seseorang individu itu mesti mencari jalan untuk memupuk sifat-sifat baik, sifat-sifat positif atau sifat-sifat mahmudah sepertimana yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Kedua tak cukup dengan memasukkan sifat-sifat baik dan positif itu, seseorang itu mestilah juga pada masa yang sama mencari jalan dan berusaha untuk mengeluarkan sifat-sifat buruk, sifat negatif atau sifat mahmudah sepertimana yang dimiliki oleh Abu Jahhal dan Abu Lahab.

Dalam hal ini ramai yang BERKATA dan faham akan sifat-sifat positif ini. Mereka tahu sifat menghargai, sifat pemurah, sifat prihatin dan sebagainya namun dari segi perbuatan dan perlaksanaan mereka bukanlah seorang yang menghargai dan berterima kasih bila mendapat sesuatu, mereka bukanlah prihatin untuk membantu orang yang kesusahan malah mereka merupakan seorang yang kedekut.

Mengetahui akan sesuatu sikap positif itu sahaja tidak mencukupi kerana ia perlu diikuti oleh tindakan dan perbuatan yang ikhlas.

Dalam hal ini pertamanya kita mestilah tahu dan sedar akan sikap mana yang perlu kita perbaiki. Katalah kita sedar yang kita ni jenis yang tak tahu berterima kasih dan menghargai maka kesedaran ini adalah merupakan permulaan kepada perubahan yang bakal kita lakukan dalam diri.

Seterusnya kita cari pengisiannya, kisah, peristiwa, kursus motivasi dan sebagainya untuk memahami akan kebaikan bersifat menghargai ini. Contohnya kita akan dapat tahu yang sifat ini adalah sifat yang disukai Allah. Allah suka kepada orang yang bersyukur dan berterima kasih. Kesukaan Allah itu pastinya akan menjadi kesukaan manusia. Orang keliling juga akan suka kepada orang yang punya sifat menghargai dan berterima kasih ini.

Pada masa yang sama kita juga sering mendengar akan kisah betapa orang memarahi mereka yang bila kita berikan sesuatu mahupun bantuan mereka tidak berterima kasih. Malah kita juga selalu begitu. Rasa bengang bila bantuan kita tak dihargai dan diambil remeh.

Nota kaki - Sebenarnya dari sudut Islam bantuan ikhlas yang kita hulurkan tak perlukan terima kasih. Allah pasti tahu mengenainya dan akan menganjarkan dengan yang sebaik-baiknya. Apa yang FY katakan ini adalah dari sudut kebiasaan kemanusiaan.

Jadi, seterusnya kita kenalah mula menerapkan sifat menghargai ini dalam diri dengan berterima kasih, memberi ganjaran, hadiah dan sebagainya kepada orang yang menghulurkan bantuan kepada kita. Jadikan pengucapan terima kasih sebagai tabiat dan kebiasaan seperti mana yang FY terangkan dalam konsep 4P sebelum ini iaitu ;

P1 – Pengisian
Mencari pengisian dan memahaminya.
P2 – Pengulangan
Melakukan pengulangan yang berkali-kali
P3 – Pengukuhan
Ambil iktibar dari sikap menghargai orang lain
P4 – Penerapan
Sifat menghargai akan menjadi salah satu sikap baik dalam diri anda dengan keizinan Allah Taala.

Dengan melakukan semua ini maka lambat laun Allah Taala akan mengurniakan sifat menghargai dalam hati anda lantas menjadikan anda seorang yang menghargai dan berterima kasih. Sesungguhnya mereka yang berterima kasih kepada manusia hakikatnya berterima kasih dengan Allah kerana manusia yang kita ucapkan terima kasih itu juga adalah perantara dari Allah Taala juga.

Samalah juga halnya dengan mengeluarkan sifat buruk dalam diri. Ia juga perlu melalui lorong yang sama.

Dengan ini semakin lama kita akan dapat menerapkan semakin banyak sifat-sifat baik dalam diri dan pada masa yang sama semakin banyak sifat buruk yang akan keluar dari dalam diri. Lagipun sifat baik dan sifat buruk ini tak boleh duduk bersama dalam hati. Hati yang bersih sukar untuk sifat buruk tinggal di dalamnya.

Semoga pengisian ini membawa manfaat bagi anda demi menjadikan anda insan yang lebih baik budi pekerti dan akhlaknya. InsyaAllah.

FY mengundur diri.

No comments:

Post a Comment