Saturday, October 1, 2011

Takdir Allah Taala


Nothing much today, terfikir bab Takdir Allah Taala.. Punyalah ia mengandungi rahsia yang tak sampai akal fikiran manusia untuk memikirkannya..

Tapi kalau difikirkan setiap yang berlaku umpama cebisan-cebisan jigzaw puzzle yang bakal memberikan jawapan bila ia lengkap di masa-masa yang akan datang. Kalau difikirkan kembali pasangan kita suami mahupun isteri yang dijodohkan dengan kita juga telah disediakan Allah untuk hidup bersama kita. Dia melalui jalan hidupnya dengan keratan-keratan jigzaw puzzlenya yang tersendiri dan kita dengan jalan hidup kita sehinggalah berlakunya satu titik pertemuan, titik dimana kali pertama kita bertemu menjadi kekasih dan seterusnya berkahwin.

Bagaimana pula dengan anda? Saya percaya keratan kecil dan tidak lengkap tak akan memberikan jawapan tetapi lambat laun mungkin ia akan dilengkapkan dan anda akan tahu kenapa sesuatu itu terjadi dalam hidup anda. Keratan kecil yang merupakan sebahagian daripada rumusan yang lebih besar.

Kalau kita lihat dalam perspektif yang lebih luas maka kita dapat lihat Nabi Muhammad s.a.w., Mahatma Gandhi, Nelson Mandela, Malcolm X dan banyak contoh lain hanyalah seorang insan tetapi mereka dapat mengubah orang–orang di sekeliling mereka dengan cara mereka sendiri dengan tujuan berdakwah, memperjuangan kebebasan dan sebagainya. Mereka juga manusia biasa yang mempunyai sifat yang sama seperti kita. Kalau insan-insan ini boleh melakukan perubahan tersebut kepada masyarakatnya, kenapa tidak kita?

Oleh itu selidikilah tentang bagaimana keadaan sekeliling kita diaturcarakan dari perspektif yang lebih luas. Mungkin kita ada tugas dan tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada apa yang kita buat sekarang tanpa kita sendiri sedari.

Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini  andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.

Sekian dulu, Terima kasih.

Ikhlas

Haji Faizal Yusup

www.mindaakhirat.com

Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.

www.bicarapelaburan.com

Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. 

Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.

#mindaakhirat

#faizalyusup

No comments:

Post a Comment