Saturday, October 1, 2011

Menangani Hinaan, Tohmahan dan Makian

Kekadang saya bertemu dengan orang yang sakit hati dan begitu tertekan dengan apa yang orang lain katakan padanya. Hinaan, tohmahan, carutan boleh menyebabkan kita menjadi begitu tertekan.

Kalai kita fikirkan kembali, katalah di zaman dahulu kalau datuk nenek moyang kita menamakan monyet itu dengan nama harimau. Maka pada waktu ini kita pasti akan berkata “Eh! Tengoklah tu, harimau tengah bergayut di atas pokok”. Kalau dahulu bodoh didefinasikan sebagai pandai, saya pasti anda akan berterima kasih kepada orang yang membodohkan anda pada hari ini. Begitu jugalah dengan istilah-istilah lainnya. Ianya hanyalah satu istilah yang dicipta manusia satu ketika dahulu bagi menerangkan sesuatu maksud.

Ada pula perkataan yang mempunyai maksud yang baik di satu daerah tetapi mempunyai maksud yang tak baik di daerah yang lain.

Jadi tiada apalah yang hendak kita sakitkan bila kita mendengar sesuatu istilah itu. Ini kerana ia sebenarnya tidak membawa apa-apa makna. Lagipun kata-kata bukan boleh menyebabkan kita tercedera hingga perlu dimasukkan ke hospital.

Adakalanya pula perbuatan menggantikan kata-kata. Sebagai contoh jari hantu atau “middle finger” pula diangkat bagi tujuan yang sama iaitu untuk mencarut. Apa akan jadi sekiranya mereka mengangkat jari kelingking dan bukannya jari hantu saya pasti anda akan tergelak atau dalam kehairanan. Kenapa pula orang tu tunjukkan jari kelingking dia kat aku? Tanya anda.

Kita marah bila orang menunjukkan jari hantu kepada kita tetapi kita tersenyum pula bila orang mengangkat ibu jarinya pada kita. Persoalannya kenapa ibu jari yang diangkat dan bukannya jari kelingking ke, jari manis ke atau sebagainya? Ini juga samalah huraiannya dengan bahasa tadi. Ianya hanyalah satu istilah semata-mata.

Bukannya saya menggalakkan anda menggunakan istilah yang tak elok didengar itu. Ianya hanya bertujuan iuntuk mempertahankan diri anda daripada sakit hati bila mendengar sesuatu istilah. Bagi mereka yang faham akan apa yang telah saya huraikan ini maka dia mungkin akan hanya tersenyum bila orang lain menggunakan kata-kata yang tak baik kepadanya dan bukan sebaliknya. Janganlah menggunakan pengetahuan ini bagi tujuan menyerang tetapi gunakanlah ia sebagai pertahanan diri.

Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini  andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.

Sekian dulu, Terima kasih.

Ikhlas

Haji Faizal Yusup

www.mindaakhirat.com

Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.

www.bicarapelaburan.com

Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. 

Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.

#mindaakhirat

#faizalyusup

No comments:

Post a Comment