Saturday, October 1, 2011

Konflik Pengisian / Penerapan Dalam Diri


Mungkin tanpa kita sedari dalam diri kita sebagai seorang Melayu beragama Islam adakalanya berlaku apa yang saya namakan konflik input. Sepanjang hidup kita, kita menerima pelbagai input atau penerapan maklumat dari pelbagai sudut. Bagi kebanyakan kita, antara input yang utama ialah dari sudut pegangan agama iaitu agama Islam, kemudiannya input kemelayuan dan juga kebaratan. Konflik ini terjadi sebagai contoh, bila berlakunya pertembungan antara input Barat dengan input Islam ataupun input adat dengan input Islam.

Bagi yang hanya memegang utuh input Islam maka segala prinsip yang dipegangnya akan berlandaskan hukum hakam agama Islam manakala sebaliknya ada juga yang terus membuang prinsip-prinsip Islam dan sekaligus memegang prinsip Barat.

Sebagai contoh seorang lelaki yang diterapkan dengan nilai sukakan perempuan cantik dan seksi hinggalah kepada menjalinkan hubungan seks. Ia menyebabkan kita begitu suka kepada perempuan yang cantik dan seksi dan ini akhirnya membawa kepada maksiat dan zina. Walaupun Allah menciptakan kaum Hawa sebagai makhluk yang begitu cantik dari kacamata seorang lelaki namun sebenarnya ia adalah sebagai ujian untuk melihat samada si lelaki dapat menahan nafsu syahwatnya.

Sajian input Barat ini yang terhidang dalam pelbagai sudut kehidupan merupakan faktor penyumbang yang utama baik dari segi siri televisyen, wayang, iklan, majalah dan sebagainya. Ini diperkukuhkan lagi dengan keadaan sekeliling.

Bermewahan sebagai contoh lain, adalah input dunia dan ia menimbulkan konflik dengan input Islam. Namun begitu ramai yang suka kepada kemewahan sebegini atas sebab yang sama sehinggakan kita sanggup bergolok bergadai dan berhutang bagi memenuhi keperluan ini.

Mungkin kita perlu menukar perpektif bagi mengatasi keadaan ini kerana kita tahu yang ianya adalah satu sikap yang buruk dan akhirnya akan membawa kesusahan pada diri kita sendiri. Ini mungkin boleh dilakukan dengan mempelajari dan menerapkan hukum hakam Islam ke dalam diri.

Masalah tak akan berlaku sekiranya ia go hand ini hand atau input Barat tadi diperkukuhkan oleh input Islam. Sebagai contoh penerapan nilai kaedah saintifik yang mana kemudiannya didapati sama atau disahkan benar oleh input Islam.

Sebagai contoh lain, keraian sambutan Tahun Baru Masehi yang mana ia tidak diterima oleh input Islam namun ia tetap diraikan dengan besar-besaran siap dengan azamnya sekali. Pun begitu sebenarnya pada pendapat saya ia boleh disambut kerana ia hanyalah merupakan satu sistem perkiraan kalendar berlandaskan matahari dan titik permulaannya diambil semenjak kelahiran Nabi Isa AS. Itu sahaja. Tidak ada apa-apapun yang melanggar hukum hakam Islam.

Sebenarnya yang menjadi masalah ialah cara sambutannya bersifat pesta yang mana tidak dianjurkan Islam sama sekali.

Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini  andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.

Sekian dulu, Terima kasih.

Ikhlas

Haji Faizal Yusup

www.mindaakhirat.com

Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.

www.bicarapelaburan.com

Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. 

Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.

#mindaakhirat

#faizalyusup

No comments:

Post a Comment