Dalam siri kartun Doraemon yang dipaparkan di Jepun malah di negara ini walaupun kebaikan siri itu ia memaparkan pemikiran yang di luar kotak dengan menunjukkan pelbagai penciptaan yang membolehkan kita berfikir tetapi pada masa yang sama ia mempunyai kelemahannya yang tersendiri.
Nobita dalam siri itu sebenarnya merupakan seorang lemah dan bersandar kepada Doraemon. Nobita bersandar dalam banyak hal samada untuk mengenakan Sinyu dan Giant, untuk menyelamatkan diri dan sebagainya.
Bersandar ini sebenarnya merupakan satu prinsip yang dipegang oleh ramai orang. Di bawah ini saya sediakan beberapa contoh.
Sedari kecil kita bersandar pada ibubapa dan ada juga di kalangan kita yang tak dapat melepaskan sandaran ini walaupun kita telah berumah tangga. Dalam hal ini kita masih lagi memerlukan pertolongan mereka dari segi wang ringgit, penjagaan anak serta pertolongan yang lain.
Kemudian ada pula yang bersandar kepada kawan-kawan. Andainya kita mempunyai dua golongan kawan, satu golongan yang baik dan satu lagi golongan yang kurang baik. Jadi golongan kawan yang yang manakah yang bakal kita pilih? Ada yang memilih golongan yang kurang baik kerana sifatnya yang seronok. Kita bersandar dengan mereka. Kita mula merokok, ke disko dan akhirnya terjebak dengan maksiat dan dadah atau kita boleh memilih untuk berkawan dengan golongan yang baik, golongan ini pula akan membawa kita ke arah yang membawa kebaikan.
Ada juga yang bersandar kepada kekasih dan mengatakan yang hidup tiada ertinya tanpa kekasih kita yang satu itu.
Dari segi kerja kita bersandar kepada pekerjaan yang kita pegang dan ini menyebabkan kita percaya yang sekiranya kita diberhentikan kerja segalanya akan musnah. Ada juga yeng bersandar kepada “orang besar” atau orang yang berpengaruh sehingga kita percaya naik turunnya kehidupan kita bergantung kepada mereka.
Kemudian dari segi perniagaan pula kita bersandar dengan kerajaan melalui politik dan sebagainya.
Sandaran sebenarnya merupakan satu kelemahan diri yang nyata. Mungkin semasa kecil kita bersandar tetapi lambat laun sandaran itu harus dilepaskan dan kita mesti berdiri atas kaki kita sendiri dengan kekuatan diri kita sendiri. Ini boleh dilakukan dengan meningkatkan pengetahuan dan berinovasi untuk kebaikan diri kita sendiri. Kita mesti ada merit dan selagi daya, pergantungan atau sandaran kepada sesiapapun juga harus kita lepaskan. Hanya dengan berbuat demikian, kita akan jadi seorang yang berdikari dan boleh terbang jauh.
Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dulu, Terima kasih.
Ikhlas
Haji Faizal Yusup
www.mindaakhirat.com
Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.
www.bicarapelaburan.com
Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia.
Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment