Saturday, October 1, 2011

Bertegur Sapa Bersilaturahim



Kebanyakan kita tidak berani untuk menegur orang yang kita tidak kenali. Kalau beranipun bagi lelaki mereka menegur gadis-gadis dengan harapan dapat berkenalan. Sebenarnya keadaan ini tidak terjadi di Barat. Di sana konsep tegur sapa ini dijalankan dengan meluas tanpa masalah.

Katalah anda sedang membeli pisang goreng. Dialog inilah yang biasanya berlaku ;

Anda                :  Bang, saya nak pisang goreng dua ringgit. (Senyap.)
Penjual            (Senyap. sambil memasukkan pisang ke dalam plastik.  masa berlalu).
Penjual goreng pisang menghulurkan plastik anda menghulurkan duit.
Anda                :  Terima kasih
Penjual            Sama-sama

Sebenarnya anda telah rugi kerana tak dapat mengeratkan silaturrahim dengan si penjual goreng pisang. Si penjual mempunyai pengalaman, pengetahuan dan pandangan yang berbeza. Dia mungkin mempunyai adik seorang doktor, mempunyai anak yang cantik dan sebagainya siapa tahu?

Bandingkan dengan dialog yang ini pula ;

Anda                :  Bang, saya nak beli pisang goreng dua ringgit. ( masa senyap
                           digantikan dengan " abang tak ada jual cempedak ke?
Penjual            :  masa senyap diganti dengan
" Oh! susah nak dapatlah dik, abang cari juga kat pasar tapi tak ada”. (sambil memasukkan pisang ke dalam plastik.) (masa digantikan dengan silaturrahim)
Penjual goreng pisang menghulurkan plastik anda menghulurkan duit.
Anda                Terima kasih
Penjual            :  Sama-sama, nanti datanglah lagi.

Kalau setiap kali kita berbual dengan penjual tersebut, kita semakin mengenali dan bercerita tentang perkara yang lebih peribadi dan dia mungkin akan menjadi kawan kita. Katalah satu hari kita dilanggar kereta semasa menyeberang jalan dan kawan penjual pisang goreng kita itu datang menolong. Pada masa itu baru kita sedar kenapa kita ditemukan dengan penjual pisang goreng tersebut.

Konsep tegur sapa ini juga sangat baik digunakan bila kita tersesat jalan atau berada di tempat yang belum pernah kita jejaki sebelum ini. Dengan menegur sapa kita tidak perlu membuang masa untuk mencari destinasi yang kita tujui.

Dalam hal mengeratkan silaturrahim ini saya rasa pemandu teksi mempunyai kelebihan. Ini kerana setiap hari beliau akan bertemu dengan pelbagai watak menusia dengan pelbagai latarbelakang. Dengan bertegur sapa mereka boleh mendapat pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan. Dalam lain perkataan dalam masa yang singkat itu dia dapat mengumpul pelbagai jenis input dan input ini mungkin boleh mematangkan budi bicara serta timbangtaranya mengenai kehidupan.

Kesimpulannya : Jadilah seperti pemandu teksi yang peramah kerana sebenarnya tiada apa yang perlu kita malukan.

Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini  andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.

Sekian dulu, Terima kasih.

Ikhlas

Haji Faizal Yusup

www.mindaakhirat.com

Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.

www.bicarapelaburan.com

Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai speaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. 

Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.

#mindaakhirat

#faizalyusup

No comments:

Post a Comment