Saturday, October 1, 2011

Kesan Iklim dan Cuaca Terhadap Manusia

Di sini saya ingin huraikan tentang bagaimana iklim negara ini mempengaruhi program diri kita tanpa kita sedari. Huraian ini hanyalah sebagai pengetahuan am, ini kerana terdapat banyak elemen lain yang membentuk peribadi umpamanya latarbelakang pendidikan, budaya, bangsa, ideologi, adat resam dan sebagainya.

Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa, iklim di negara ini bolehlah dikatakan seragam sepanjang tahun. Kita tidak ada gunung berapi, ribut taufan yang teruk, salji dan sebagainya. Setiap hari bila kita bangun, lebih kurang pukul 7 pagi hari pun siang. Kitapun bersiap untuk pergi kerja. Lebih kurang pukul 7 petang hari mula senja dan kira-kira pukul 7.30 petang hari mula gelap. Inilah rutin kita lalui setiap hari sepanjang tahun. Perubahan yang berlakupun tidaklah melampau. Perubahan yang ada hanyalah dalam bentuk hujan, ribut sesekali dan kemarau. Pun begitu ia tidaklah begitu menjejaskan. Iklim yang seragam di negara ini membolehkan kita menjalankan kerja-kerja harian seperti biasa tanpa gangguan.

Apakah yang akan terjadi pada kita sekiranya pada satu hari bila kita bangun pukul 7.00 pagi hari masih gelap. Pukul 10.00 pagi barulah matahari muncul? Bila nak keluar rumah ada salji menimbusi kaki pula. Apakah yang akan kita lakukan? Saya percaya pasti kita terpaksa mencari jalan bagi mengatasi semua perubahan ini. Inilah yang terjadi di negara yang menghadapi iklim 4 musim. Masa jadi pendek di musim sejuk tetapi ia akan jadi panjang di musim panas. Adakalanya siang boleh muncul pada pukul 4 pagi dan malam hanya datang pada pukul 9:30 malam. Kita mestilah selalu bersedia dengan perubahan cuaca ini. Kadang-kadang ribut taufan melanda, kekadang ribut salji melanda, kekadang hujan air batu sebesar guli yang dikenali sebagai “hale” pula yang melanda. Mungkin atas sebab inilah kebanyakan rumah di sana mempunyai garaj meletak kereta bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini menimpa mereka. Perubahan cuaca ini pula adakalanya terlalu ekstrem. Musim sejuk yang terlalu sejuk dan musim panas yang terlalu panas.

Semua ini menyebabkan mereka mencari jalan sesuai bagi menangani semua perubahan ini dengan tujuan untuk menyesuaikan diri dan mencari keselesaan hidup. Kebanyakan rumah mereka diperbuat dari kayu dan mempunyai rongga udara bagi menebat haba. Kereta mereka mempunyai penyaman udara bagi kegunaan musim panas dan pemanas bagi tujuan musim sejuk.

Perubahan iklim yang ketara ini secara tidak langsung mengubah perspektif mereka tentang cara berfikir dan cara bekerja. Ia menyebabkan mereka lebih kreatif, lebih inovatif, lebih imaginatif dalam mencari jalan penyesuaian diri kepada perubahan persekitaran. Dalam lain perkataan otak mereka lebih cair dari otak kita. Mungkin juga inilah kelebihan mereka kalau dibandingkan dengan kita. Mungkin juga keadaan ini menyebabkan mereka jauh lebih maju dari kita dalam banyak segi. Persekitaran kita yang agak sekata pula secara tidak langsung menyebabkan sukar untuk kita menerima perubahan apatah lagi untuk berubah. Kita lebih suka dengan cara yang sedia ada.

Pada masa yang sama saya percaya ia juga menjadikan perenggu minda ataupun mind set kita lebih sekata dan kurang kreatif. Bukan negara ini sahaja tetapi banyak negara lain yang mempunyai iklim yang sama terdiri dari negara-negara dunia ketiga yang distatuskan sebagai negara mundur.

Di sini jelas yang iklim negara ini juga merupakan salah satu elemen yang boleh mengubah bentuk prinsip diri kita. Bayangkanlah pula betapa banyak lagi elemen-elemen yang ada di sekeliling kita yang tanpa kita sedari berupaya melakukan perkara yang serupa terhadap kepercayaan diri kita. Oleh itu saya percaya dengan mencabar diri dan keluar dari kebiasaan atau zon selesa akan menjadikan kita seorang yang mempunyai pemikiran yang jitu.

Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini  andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.

Sekian dulu, Terima kasih.

Ikhlas

Haji Faizal Yusup

www.mindaakhirat.com

Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.

www.bicarapelaburan.com

Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai speaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. 

Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.

#mindaakhirat

#faizalyusup

No comments:

Post a Comment