Wednesday, March 6, 2013

Karya FY


Assalamualaikum...

Dalam entri kali ini FY hanya ingin memamparkan hobi sambilan FY iaitu melukis. FY memang suka melukis sejak dari kecil lagi dan ia dimulakan dengan lukisan-lukisan superhero Marvel Comic dulu. Kebanyakan karya FY berupa kartun-kartun dan menjelang umur 37 tahun FY telahpun boleh melukis potret. Ia merupakan pencapaian peribadi tetapi taklah FY ketengahkan kerana pada FY melukis benda hidup hukumnya makruh, jadi ia hanyalah untuk kepuasan diri sendiri.

Apapun di sini FY paparkan lukisan dinding yang FY lukis dalam bilik anak bujang FY. Gambar Spiderman dan Batman.







Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini  andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.

Sekian dulu, Terima kasih.

Ikhlas

Haji Faizal Yusup

www.mindaakhirat.com

Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.

Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. www.melabursaham.com

Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.

#mindaakhirat

#faizalyusup