Hari ni terfikir pasal perspektif... Kekadang bila ubah sedikit angle pemerhatian kita, kita akan dapat melihat dari perpektif yang berbeza.. Mata kita hanya boleh fokus pada satu benda pada satu masa oleh itu serupa dengan sifat kita yang adakalanya dilatih untuk melihat pada satu angle pada satu masa... Contoh :
Ibubapa
Kekasih
Kalau mata kita fokus pada kekasih maka kita ibubapa menjadi kabur dan begitulah sebaliknya... Tu yang bila berkasih sampai tak dengar nasihat ibubapa agaknya...
Macamanapun penglihatan Allah nampak semua benda di luar dan di dalam pada satu masa... Subhanallah...
FY:
Neutral and see thing from as many angles as possible...
Terfikir juga tentang opportunity cost and opportunity lost dalam otak kita sendiri... Dari kita penuhi otak dengan benda kecil kenapa kita tak fikir benda besar, (think big, aim high) dari kita isi dengan isu artis baik kita isi dengan yang berfaedah, dari kita isi dengan maklumat baik kita isi dengan ilmu, dari kita gunakan untuk membuang masa termenung baik kita berfikir dan berzikir. Ruang memori seorang melayu banyak dipenuhi dengan hal artis, politik, hantu, tahyul dan khurafat... buat buang masa jer...
Baik isi dengan pengetahuan ugama, fardhu ain dan kifayah atau perniagaan dan sesuatu yang boleh membawa ganjaran untuk diri kita sendiri.. ROI - Return on Investment dari segala pancaindera, tenaga dan masa kurniaan Allah... Greng rasa itu jauh lebih baik...
FY :
Alang-alang singgah di muka bumi let's make it big!!!...
Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dulu, Terima kasih.
Ikhlas
Haji Faizal Yusup
www.mindaakhirat.com
Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.
www.bicarapelaburan.com
Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai speaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia.
Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment