Saturday, October 1, 2011

Perbezaan Pengisian Bahasa


Kalau dibandingkan pengisian otak kita dengan bangsa lain juga terdapat pelbagai perbezaan yang ketara. Disini aspek asas input Bahasa dijadikan contoh.

Dalam isu ini kita perlu mengisi otak kita dengan mempelajari dan memahami Bahasa Melayu, Tulisan Rumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tulisan Rumi Bahasa Inggeris, Tulisan Jawi disamping mengetahui sedikit sebanyak Bahasa Arab yang dipelajari melalui pengajian ugama Islam. Kalau kita bandingkan dengan Orang Putih pula, mereka hanya perlu mempelajari Bahasa Inggeris dan tulisan Rumi Bahasa Inggeris. Terdapat perbezaan pemahaman tulisan rumi Bahasa Melayu kalau dibandingkan dengan tulisan rumi Bahasa Inggeris walaupun ia sama.

Kalau dalam sesebuah komputer ia menyebabkan aplikasi yang bertindih kerana cara sebutannya yang berbeza dan pastinya memerlukan lebih ruang memori untuk disimpan.

Kita menyebut perkataan “buku” untuk menerangkan buku dan kita menyebut perkataan “book” dalam bahasa Inggeris untuk merujuk kepada benda yang sama, inilah yang dimaksudkan aplikasi yang bertindih sedangkan orang putih hanya memerlukan satu istilah “book” untuk menerangkan perkara yang sama. Jadi pemahaman kepada istilah “buku” oleh seorang melayu itu boleh digantikan dengan pemahaman kepada istilah bahasa inggeris yang lain.

Cuba anda lihat perbezaan penggunaan otak orang melayu dengan orang putih dalam isu bahasa :

Otak Melayu
Otak Mat Saleh


Memahami Bahasa Inggeris
Memahami Bahasa Inggeris
Memahami Tulisan Rumi B. Inggeris
Memahami Tulisan Rumi B. Inggeris
Memahami Bahasa Melayu
Input lain
Memahami Tulisan Rumi B. Melayu
Input lain
Memahami Tulisan Jawi
Input lain
Mengetahui Sebutan B. Arab
Input lain

Bayangkanlah sekiranya memori otak manusia boleh memuatkan hanya 6 perkara, maka input bahasa ini telah memuatkan keseluruhan otak seorang melayu sedangkan ini tidak berlaku dalam otak seorang Mat Saleh. Tiada lagi ruang memori untuk orang melayu memasukkan input yang lain.

Kalau difikirkan kembali, kebanyakan negara yang maju di dunia menggunakan hanya satu bahasa sebagai contoh Amerika, Perancis, Itali, German, Jepun, Korea dan sebagainya. Kebanyakan penyelidikan mereka juga dilakukan dalam bahasa mereka itu. Dalam erti kata lain mereka disatukan dengan satu bahasa. Mungkinkah mereka menggunakan kekosongan input dalam otak mereka yang kita gunakan untuk mengisi input bahasa ini untuk berfikir tentang input-input bersifat idea dan inovasi?

Bagi seorang melayu yang mempunyai penerapan pelbagai bahasa ini mungkin menyebabkan penguasaan kepada ilmu menjadi lemah kerana dihalangi oleh difinasi sesuatu perkataan itu. Bolehkah kita katakan kita telah menguasai keseluruhan 100% Bahasa Melayu walaupun ia adalah bahasa “lingua franca” atau “mother tongue” yang kita gunakan seharian. Dalam bahasa melayupun walaupun kita mengenali sesuatu istilah itu tetapi belum tentu kita faham akan pengertiannya secara yang mendalam. Ini kerana di sekolah kita hanya diperkenalkan dengan sesuatu perkataan itu dan perkataan yang samaeerti dengannya. Itu belum lagi kita cerita perihal perspektif dan kefahaman seseorang terhadap istilah itu sendiri.

Dalam pada itu kita perlu menguasai Bahasa Inggeris. Apakah tahap penguasaan  kita terhadap Bahasa tersebut? Belum lagi kita dapat menguasai sepenuhnya Bahasa Melayu kita perlu pada masa yang sama mengusuai Bahasa Inggeris. Kita perlu menguasai Bahasa Inggeris atas alasan ia merupakan Bahasa Global yang mana boleh dikatakan kebanyakan penyelidikan yang melibatkan peningkatan sains dan teknologi diterjemahkan ke dalam Bahasa ini. Ini ditambah pula dengan istilah-istilah bahasa Arab yang sering kita dengar seperti hadhari, ukhwah, ihsan, ma'rifat, tarikat, musyuarah, muhasabah, rabbani dan pelbagai lagi.

Semua input ini akhirnya mengelirukan seorang melayu yang beragama Islam. Ini kerana terlalu banyak perkataan dan istilah yang perlu diinputkan ke dalam otak kita. Dalam lain perkataan kita sibuk menguasai bahagian luaran dengan pengetahuan kepada istilah baik dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab dengan sedikit penyelidikan yang mendalam seterusnya penemuan baru yang inovatif yang boleh diketengahkan kepada dunia.

No comments:

Post a Comment