Allah Taala menjadikan ketidaksempurnaan sebagai fitrah manusia.
Kita ambil perumpamaan gelas yang telah penuh.
Ini kerana adakalanya kita akan berjumpa dengan orang yang menjadikan dirinya seperti gelas yang telah penuh. Dia merasakan yang dirinya seorang yang pandai dah telah penuh dengan ilmu pengetahuan. Bila sesebuah gelas itu telah penuh maka sekiranya kita mengisi air ke dalamnya pastinya air itu akan tumpah. Sebenarnya ini adalah tembok ego yang dibina dalam diri seseorang itu tanpa dia sendiri sedari. Dia tak dapat menerima sebarang pelajaran yang hendak diajarkan dan dia tidak dapat mengambil iktibar dari pengajaran yang berlaku dalam kehidupannya.
Adakalanya pula kita mengambil cermin dan memberikannya kepada orang lain tanpa menggunakannya untuk mencermin muka kita sendiri. Kita mengatakan yang kita benar dan terus-terusan menyalahkan orang lain. Bagi saya orang yang sebegini adalah orang yang sempurna. Ini kerana mereka selalunya akan jumpa kesalahan orang lain tetapi tidak jumpa kesalahan pada diri mereka sendiri.
Sebagai manusia dalam dunia ini kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Ini telah dibuktikan oleh orang Jepun. Kalau anda masih ingat satu ketika dahulu mereka memperkenalkan konsep "zero defect" atau kesilapan sifar bagi tujuan pengilangan. Namun setelah lebih sedekad mencuba mereka masih lagi tidak dapat untuk mencapainya. Pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan tetapi semuanya gagal mencapai kesempurnaan. Akhirnya mereka menerima hakikat yang ini tidak boleh dicapai. Ini jelas menunjukkan yang sebagai makhluk yang bergelar manusia sebenarnya kesempurnaan bukanlah sifat kita. Kita hanya mempunyai sifat yang tidak sempurna.
Oleh yang demikian adalah lebih baik untuk kita mencari kesalahan kita dahulu sebelum mencari kesalahan orang lain. Apa yang perlu kita lakukan bila terjadi sesuatu masalah ialah untuk membuat penilaian yang teliti. Ini kerana kita mungkin berada di pihak yang salah. Apa yang penting ialah untuk kita pastikan yang kita berada di pihak benar kerana dengan demikian itu Allah Taala akan menyebelahi kita. Berani kerana benar takut kerana salah itulah pesanan orang tua yang boleh kita ikuti dan ambil iktibar.
Bagi saya cara yang mudah untuk mencari kesalahan diri sendiri ialah dengan melihat penerimaan orang sekeliling kita.
Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dulu, Terima kasih.
Ikhlas
Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.
Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia.
Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment