Sunday, October 2, 2011

Kelebihan Ilmu Pengetahuan



Dalam kehidupan, setiap insan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan pengetahuan yang diketahuinya.

Setelah saya menghuraikan secara ringkas akan isu peringkat pembelajaran, kali ini saya akan cuba menghuraikan pula tentang pengkhususan pembelajaran ataupun pengkhususan input. Dalam kehidupan, setiap insan sebenarnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan pengetahuan yang diketahuinya.
Input yang kita minati pasti akan kita masukkan dalam diri dan bakal menjadi prinsip diri kita.

Ada orang yang cenderung kepada aspek agama maka sepanjang kehidupan pengumpulan input agama ini menyebabkan dia banyak tahu mengenainya. Segelintir menjadi pendakwah dan ustaz yang menyampaikan ilmu-ilmu ini namun ada juga segelintir yang menggunakannya hanya untuk kegunaan sendiri dan tak kurang juga yang menyalahgunakannya untuk mencari keuntungan dalam bentuk kewangan mahupun kepuasan emosi dengan menunjuk-nunjuk serta menjatuhkan orang lain. Mereka yang mempunyai ilmu ugama belum tentu mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan, perakaunan, pelaburan, psikologi, sains sosial, Bahasa Inggeris, pendidikan jasmani, politik dan sebagainya. Dalam lain perkataan mereka mungkin berada di peringkat ijazah dalam aspek agama namun berada dalam peringkat tadika dalam aspek Bahasa Inggeris contohnya.

Sepanjang pembelajaran akademik kebanyakan input yang saya terima bersifat pelaburan, oleh itu ia telah menjadi satu kebiasaan bagi saya untuk melihat sesuatu dari sudut ini. Saya akan menganalisis sesuatu isu dan melihat apakah keuntungan masa depan yang boleh dicapai darinya. Ia bukan hanya tertakluk kepada aspek wang ringgit semata malah dalam semua sumber. Keuntungan penggunaan masa, tenaga, mata mulut, tangan, lidah, orang sekeliling, bahan mentah, hasil seni dan sebagainya. Salah satu sudut pelaburan yang sering saya lihat ialah potensi seseorang insan.

Dari sudut ini, bagi saya mereka yang menguasai input yang pelbagai bakal mempunyai potensi diri yang tinggi untuk berjaya.

Sebagai contoh, saya pernah bertemu dengan seorang jurutera elektronik yang mempunyai input asas mengenai perniagaan, kewangan dan pengeluaran. Kepandaian ini membolehkan dia bekerja sambil menjalankan perniagaan tanpa masalah kerana kepandaian beliau dalam bidang-bidang yang dinyatakan tadi. Pada masa yang lain pula, saya bertemu dengan seorang yang pandai dalam bidang pemasaran namun bila dia menjalankan perniagaan, sistem pentadbirannya perniagaannya menjadi kelam kabut.

Semua input yang kita ketahui itu takkan berguna sekiranya kita hanya menggunakannya untuk kegunaan sendiri kerana dengan berbuat demikian ia tak akan berkembang kepada generasi yang akan datang. Oleh itu sebaiknyalah walau dimana kita berada dengan apa juga ilmu yang kita ada, kita sampaikan kepada ramai semoga ia akan terus berkembang ke tahap yang lebih baik.

Sekian dulu, jom kita sambung penceritaan dalam artikel yang seterusnya dalam blog ini. Semoga bermanfaat. 

Terima kasih.


Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

www.mindaakhirat.com

Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Pembangunan Sahsiah Diri.

www.bicarapelaburan.com

Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai speaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. 

Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.

#mindaakhirat

#faizalyusup



No comments:

Post a Comment