Sebagai sambungan kepada topik istilah ini, di sini saya ingin ungkapkan sebuah kisah yang baik untuk dijadikan panduan.
Pada satu hari seorang bapa pergi mengembara dengan anaknya bersama seekor unta. Di awal perjalanan mereka, si anak yang menunggang unta dan bapanya berjalan di hadapan sambil memegang tali unta tersebut.
Setibanya mereka di sebuah kampung, orang kampung berkata,
“Kenapalah anaknya kurang ajar dan tak hormat pada bapanya sedangkan anaknya masih muda dan kuat. Bapanyalah yang sepatutnya menunggang unta tersebut.” Tambah mereka lagi.
Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya, si bapa menyuruh anaknya turun dari unta dan kali ini dia pula menunggang unta tersebut. Merekapun kemudiannya meneruskan perjalanan.
Sampailah ke kampung yang kedua. Bila orang kampung melihatkan keadaan ini maka berkatalah mereka,
“Apalah punya bapa, kasihanlah kat anak tu. Sepatutnya budak tulah yang sepatutnya menunggang unta itu”.
Mendengarkan kata-kata itu bapanya mengajak anaknya menunggang bersama di atas unta tersebut untuk perjalanan yang seterusnya.
Apa yang terjadi ialah apabila sampai ke kampung ketiga sekali lagi mereka diherdik.
“Kesihanlah kat unta tu. Ada ke dua-dua naik. Letihlah unta tu.”
Si bapa berfikir lagi dan kemudian mengambil keputusan agar beliau mahupun anaknya tidak menunggang unta itu bagi meneruskan pengembaraan.
Merekapun sampailah ke kampung yang terakhir menyangkakan yang mereka telah melakukan yang terbaik. Malangnya seperti kampung-kampung yang terdahulu orang kampung mengatakan,
“Apalah punya bodoh anak beranak ni, ada unta tapi tak nak tunggang”.
Jadi apakah kesimpulan yang boleh kita ambil dari cerita ini?
Kisah ini menunjukkan yang walau apapun yang kita lakukan pasti ada orang yang akan bersuara. Kata-kata yang dihamburkan selalunya bersifat negatif. Jadi apa yang orang lain katakan adakalanya taklah berapa penting dan apatah lagi perlu dipertimbangkan. Oleh yang demikian adakalanya lebih baik kita berdiam diri dan melakukan apa yang kita percaya daripada kita bertegas dan cuba mempertahankan diri. Ia akan hanya membuang masa dan tenaga untuk berbuat demikian. Lambat laun kebenaran akan timbul juga.
Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dulu, Terima kasih.
Ikhlas
Haji Faizal Yusup
www.mindaakhirat.com
Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.
www.bicarapelaburan.com
Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia.
Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment