Ada juga dikalangan kita tidak menggunakan konsep gelas seperti yang saya huraikan tadi tetapi mereka pula menggunakan konsep belon. Bila mereka mendapat tekanan mereka akan hanya menyimpannya di dalam hati. Orang yang seperti ini selalunya merupakan orang yang tak banyak cakap dan pendiam. Mereka juga jenis perahsia. Tekanan ini bertambah dan terus bertambah disebabkan keadaan sekeliling. Ia seakan sebiji belon yang diisi air. Semakin lama ia semakin mengembung dan membesar. Pada satu hari tak semena-mena ada pula seorang yang membawa jarum dan secara tak sengaja tercucuk belon ini. Maka meletuplah ia. Letupan ia akan memercikkan air berselerak tak tentu hala. Orang seperti ini akan memarahi siapa sahaja yang berada di hadapan mereka pada masa itu. Masalahnya adakalanya ada orang yang tak bersalahpun akan menjadi mangsa mereka. Emosi memainkan peranannya dalam kemarahan yang seperti ini.
Contohnya, dewasa ini ramai wanita yang berkahwin mempunyai status yang lebih tinggi dari suaminya sama ada dari segi kelayakan akademik mahupun pangkat. Sikap isteri yang merasakan dirinya lebih tinggi dari suaminya di rumah boleh menimbulkan masalah sebegini. Si isteri tidak melayan suaminya dengan baik dan ini berlaku bertahun-tahun lamanya. Si suami hanya bertahan dan berdiam diri dengan kerenah isterinya itu. Belon ini lama kelamaan semakin membesar. Tekanan semakin lama semakin meningkat di dalam dirinya. Pada satu hari atas sebab yang kecil, belon itu akhirnya pecah. Si suami menceraikan isterinya dengan talak tiga sekaligus. Si isteri pula termangu-mangu kerana tak tahu dan tak peka kepada kesalahan yang menggunung yang dilakukannya selama ini.
Seterusnya saya akan perkenalkan anda dengan konsep perigi. Konsep perigi adalah konsep alam semulajadi yang paling elok untuk dijadikan prinsip diri. Konsep perigi ini boleh menjadikan kita seorang yang penyabar.
Kalau kita lihat sesebuah perigi ia selalu tenang kerana dikelilingi dinding. Sekiranya kita meletakkan air walaupun berterusan ke dalam sesebuah perigi ia tidak akan penuh dan akan sentiasa berada di paras yang sama. Antara ciri-ciri orang yang sebegini ialah dia merupakan seorang yang sabar lagi tenang walaupun dalam keadaan marah dan dia akan menyelesaikan tekanan penuh dengan hikmah dan bukannya emosi.
Lagipun sifat sabar ini adalah sebahagian dari iman dan dianjurkan oleh Islam. Ini bermakna antara ciri orang yang beriman adalah orang yang memiliki sifat sabar. Kalau kita lihat dalam banyak kisah, Nabi Muhammad S.A.W masih boleh bersabar walaupun diperlakukan dengan kejam oleh orang kafir dan akhirnya kemenangan berpihak kepadanya.
Nelson Mandela presiden Afrika Selatan merupakan seorang pejuang yang membangkang Dasar Aparthied pernah dipenjarakan lebih 20 tahun. Berkat kesabaran dan perjuangan beliau, dia akhirnya dibebaskan dan dilantik menjadi Presiden. Begitu juga dengan HAMKA yang pernah dipenjarakan oleh Soekarno tetap bersabar dan memaafkan.
Sebagai kesimpulannya ada banyak kebaikan yang boleh berlaku sekiranya kita memiliki sifat sabar seumpama perigi ini. Oleh itu, andainya kita jadikan diri kita seumpama sebuah perigi maka saya percaya kita akan sentiasa tenang dalam menghadapi apa juga masalah kehidupan.
Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dulu, Terima kasih.
Ikhlas
Haji Faizal Yusup
www.mindaakhirat.com
Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.
www.bicarapelaburan.com
Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai speaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia.
Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment