- Penerapan nilai penggajian. Oleh sebab bapa makan gaji, kita juga makan gaji maka kita tak berani keluar ke alam realiti untuk menjalankan perniagaan. Perniagaan keluarga Cina sebagai contoh menunjukkan yang mereka dapat menyampaikan kepada generasi yang di bawah akan teknik-teknik perniagaan yang telah dimulakan semenjak sekian lama.
- Tak yakin pada diri sendiri. Oleh sebab itu bersandar kepada kerajaan melalui politik dan sebagainya.
- Kekurangan dana modal. Ini disebabkan orang kita telah lama ketinggalan sejak dari dahulu lagi dan kaum lain telah dapat mendominasi bidang ekonomi di Malaysia.
- Kurangnya pengetahuan dalam aspek pengurusan kewangan.
- Kurangnya pengetahuan dalam aspek pemasaran. Para petani kita yang mempunyai komoditi menyalahkan pihak Fama dan agensi kerajaan yang lainnya kerana tak dapat menjual barang pertanian mereka sedangkan dengan pengetahuan pemasaran mereka pasti akan dapat menjualnya ke merata tempat dan bukan sahaja tertakluk di Malaysia.
- Kurangnya pengetahuan dalam aspek pengurusan perniagaan oleh yang demikian kita tak punya wawasan akan kemana arah tuju syarikat dan obejektif yang hendak dicapai pada masa yang akan datang.
Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dulu, Terima kasih.
Ikhlas
Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.
Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai speaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia.
Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment