Bagi mereka yang berminda dunia, kalau tak dapat bertindak mereka bercakap, kalau tak dapat bercakap mereka akan menyanyi atau membiarkannya kosong. Tindakan, perkataan dan fikiran mereka penuh dengan caca merba bercampur aduk antara yang bermanfaat, untuk kepentingan diri dan ada yang sia-sia belaka. Banyak membazir dan mensia-siakan masa begitu sahaja.
Bagi mereka yang berminda Akhirat, mereka pula akan bertindak melakukan sesuatu yang bermanfaat, kalau tak dapat maka mereka bercakap menyampaikan perkara-perkara yang bermanfaat juga. Mereka hanya bercakap kepada perkara yang perlu. Kalau tak dapat maka mereka akan berfikir dan kalau tak ada apa yang hendak difikirkan maka mereka akan berzikir. Ini kerana mereka tahu berfikir sesaat adalah lebih baik dari berzikir sepanjang malam. Ini menunjukkan yang berfikir letaknya di atas berzikir. Bercakap letaknya di atas berfikir dan bertindak adalah tahap yang teratas.
Hidup ini pendek dan masa yang kita ada ini adalah amat terhad. Jadi bukanlah lebih baik sekiranya kita ada masa yang terluang itu untuk kita berselawat atau lebih baik lagi kita berzikir mengingati Allah Taala pencipta diri kita ini daripada kita menghabiskannya untuk menyanyi atau perkara yang sia-sia?
Berzikir ini ialah pertahanan hati yang baik dari masuknya segala kekotoran ke dalam hati. Ia menjadikan hati bersih. Istigfar pula dapat membersihkan titik-titik hitam di hati. Sekali lagi saya tegaskan hati yang bersih akan menjadi rumah yang baik untuk ilmu dan sifat mahmudah untuk masuk dan bermastautin di dalamnya. Mereka kemudian beranak pinak dan bercucu cicit lantas menjadikan pemilik hati itu seorang yang berilmu dan berpengetahuan luas. Semua ini berlaku dengan keizinan Allah Taala.
Seterusnya ilmu dan sifat yang baik ini akan membentuk sikap yang baik. Membentuk akhlak yang mulia. Jadi, kepada anda yang faham apa yang hendak saya sampaikan ini mulakanlah dan jadikanlah zikrullah sebagai kelaziman dalam kehidupan anda. InshaAllah satu hari nanti anda akan faham apa yang saya katakan ini.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
No comments:
Post a Comment