ALLAH MAHA ESA
Dalam hal ini sebagai seorang Islam, FY yakin anda percaya kepada Tuhan yang satu, FY percaya anda yakin kepada Allah Taala. Kita percaya yang tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah. Kita percaya yang Allah Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui akan segalanya yang berlaku di langit dan bumi pada hari ini, hari-hari sebelumnya dan hari-hari yang akan datang.
Percaya kepada Allah, Tuhan yang satu ini merupakan cabang Rukun Iman yang pertama dan paling utama bagi seorang Islam. Cumanya mungkin tahap keyakinan dan keimanan kita sebagai manusia kepada Allah yang berbeza kedudukannya. Ada yang di peringkat tinggi namun ada juga yang di tahap rendah dan bagi bukan Islam ada juga yang langsung tidak mempercayai akan kewujudan Allah Taala.
Saya tak mahu menghuraikan mengenai perkara ini dengan lebih lanjut lagi mengenai kewujudan Allah, Tuhan yang berkuasa atas segalanya ini kerana sebagai seorang Islam, kita wajib meyakini dan mempercayainya.
Sebagai seorang Islam kita juga percaya yang Allah Maha mencipta, Allah yang mencipta segala-galanya yang ada di tujuh petala langit dan bumi. Cukup dengan berfirman “Jadi, maka jadilah”. Maka terbentuklah apa juga yang ingin diciptaNya. Sesuatu yang dicipta Allah Taala ini namanya makhluk.
Huraian makhluk ini akan FY huraikan dalam bab yang akan datang.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
No comments:
Post a Comment