RAHSIA PEMBENTUKAN DIRI / HATI YANG BERSIH / SIFAT DAN SIKAP YANG BAIK
Semenjak kecil dari kosong kita dimasukkan pengisian oleh ibubapa, guru, rakan taulan dan orang sekeliling agar membentuk sahsiah diri dengan sifat-sifat dan sikap yang baik. Menjadi anak yang baik dan pelajar yang cemerlang.
Kemudian sepanjang hidup kita sering bertemu dengan pelbagai topik, pengisian, nasihat dan sebagainya yang menceritakan tentang pelbagai perkara. Nasihat untuk berhenti merokok, perkongsian mengenai kebaikan mempunyai keyakinan diri, bersifat positif, bersyukur, menghargai dan sebagainya.
Dikala yang lain pula kita pergi pula ke kem bina ihsan dan di situ kita didedahkan pula dengan permainan, aktiviti dan sebagainya yang kemudiannya fasilitator mendedahkan yang tujuan aktiviti itu ialah bagi tujuan membentuk kerjasama berpasukan, saling mempercayai dan pelbagai sikap positif yang lainnya.
Bila kita sambung belajar di Universiti pula kita dimasukkan dengan input-input berdasarkan bidang yang kita ambil. Perakauan, perniagaan, kejuruteraan, sains dan teknolgi dan sebagainya.
Seterusnya bila bekerja dan diisi pula dengan input perniagaan, operasi syarikat, penjualan, pemasaran dan sebagainya.
Tetapi kita tak pernah diberitahu apakah kaedahnya? Bagaimana untuk memasukkan semua sifat dan sikap baik ini ke dalam diri secara objektif.
Jadi di sini dalam blog ini saya akan mendedahkan rahsia pembentukan diri ini kepada anda. Sama ada anda sedar atau tidak semua sifat, sikap, perbuatan, tindakan, sama ada anda berambut karat mahupun berpurdah, merokok mahupun menghisap dadah, minum arak atau minum wine, lembab atau cemerlang, solat atau tidak, kaki seks dan segalanya adalah disebabkan oleh satu proses yang akan saya huraikan sebentar lagi.
Mari kita mulakan...
Ketahuilah sesuatu nilai akan menjadi prinsip dan pegangan diri bila ia melalui satu proses yang saya namakan proses 4P.
Proses 4P itu ialah;
Pengisian
Pengisian atau input ini ialah informasi atau maklumat yang dahulunya kita tak tahu menjadi tahu kerana kita mendapatnya dari mana-mana sumber samaada dengan sengaja atau tak sengaja.
Pengulangan
Pengulangan ialah bila kita melakukannya berulang kali dengan sengaja atau tak sengaja. Ahli sukan yang nak berjaya contohnya kenalah melakukan latihan yang berulang kali demi untuk memperbaiki prestasi.
Pengukuhan
Pengukuhan atau “Reinforcement” ini ialah bila kita mendapatkan input tambahan dari mentor, coach, sifu, cikgu dan sebagainya. Input ini bersifat pengukuh dan lebih advance jadi ia menjadikan kita lebih baik dari kebiasaan dalam apa juga yang kita lakukan.
Penerapan
Penerapan ialah bila ia menjadi prinsip, ia menjadi kelaziman, menjadi kebiasaan. Pun begitu penerapan ini sebenarnya terletak kepada keizinan Allah Taala. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Mereka yang sama-sama belajar menari contohnya ada yang dapat mengusainya dalam jangmasa 2 bulan, ada yang 6 bulan namun ada yang memakan masa bertahun lamanya. Lain orang lain jangkamasa penerapannya.
Contohnya sepertimana berikut ;
Merokok
Pengisian - Kenali rokok
Pengulangan - Ulang-ulang hisap rokok
Pengukuhan - Kawan cakap kalau tak merokok tak “macho”lah dll
Penerapan - Merokok menjadi tabiat diri
Solat
Pengisian - Ketahui pasal solat
Pengulangan - Ulang-ulang solat setiap masuk waktu
Pengukuhan - Ustaz ajar cara solat yang betul
Penerapan - Solat menjadi prinsip diri
Sifat pemaaf
Pengisian - Mengetahui pasal kemaafan
Pengulangan - Ulang-ulang memaafkan setiap kali berpeluang
Pengukuhan - Terdengar tazkirah kebaikan memaafkan dll.
Penerapan - Sifat memaafkan dipupuk dalam diri.
Melukis
Pengisian - Terdedah pada lukisan yang diminati
Pengulangan - Ulang-ulang melukis di mana sahaja
Pengukuhan - Mentor membantu
Penerapan - Kita menjadi pelukis
Kaki seks
Pengisian - Melihat kelucahan
Pengulangan - Bermula kali pertama dan mengulanginya
Pengukuhan - Kawan-kawan mengajak
Penerapan - Menjadi kaki seks
Anda inginkan nilai apa lagi dalam diri yang ingin dijadikan prinsip diri?
Pengisian atau input ini ialah informasi atau maklumat yang dahulunya kita tak tahu menjadi tahu kerana kita mendapatnya dari mana-mana sumber samaada dengan sengaja atau tak sengaja.
Pengulangan ialah bila kita melakukannya berulang kali dengan sengaja atau tak sengaja. Ahli sukan yang nak berjaya contohnya kenalah melakukan latihan yang berulang kali demi untuk memperbaiki prestasi.
Pengukuhan atau “Reinforcement” ini ialah bila kita mendapatkan input tambahan dari mentor, coach, sifu, cikgu dan sebagainya. Input ini bersifat pengukuh dan lebih advance jadi ia menjadikan kita lebih baik dari kebiasaan dalam apa juga yang kita lakukan.
Penerapan
Penerapan ialah bila ia menjadi prinsip, ia menjadi kelaziman, menjadi kebiasaan. Pun begitu penerapan ini sebenarnya terletak kepada keizinan Allah Taala. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Mereka yang sama-sama belajar menari contohnya ada yang dapat mengusainya dalam jangmasa 2 bulan, ada yang 6 bulan namun ada yang memakan masa bertahun lamanya. Lain orang lain jangkamasa penerapannya.
Pengulangan - Ulang-ulang hisap rokok
Pengukuhan - Kawan cakap kalau tak merokok tak “macho”lah dll
Penerapan - Merokok menjadi tabiat diri
Pengulangan - Ulang-ulang solat setiap masuk waktu
Pengukuhan - Ustaz ajar cara solat yang betul
Penerapan - Solat menjadi prinsip diri
Pengulangan - Ulang-ulang memaafkan setiap kali berpeluang
Pengukuhan - Terdengar tazkirah kebaikan memaafkan dll.
Penerapan - Sifat memaafkan dipupuk dalam diri.
Pengulangan - Ulang-ulang melukis di mana sahaja
Pengukuhan - Mentor membantu
Penerapan - Kita menjadi pelukis
Pengulangan - Bermula kali pertama dan mengulanginya
Pengukuhan - Kawan-kawan mengajak
Penerapan - Menjadi kaki seks
Letakkanlah di tempat kosong di bawah ini. Semua nilai yang ada di dunia ini dalam apa juga bidangnya inilah prosesnya. Nilai pakai tudung? Perniagaan? Kerajinan? Keyakinan? Pemasaran? Menipu? Semua boleh. Prosesnya sama sahaja.
Pengisian -
Pengulangan -
Pengukuhan -
Penerapan -
Saya harap pengisian ini membuka minda anda tentang semua topik, pengisian, nasihat atau apapun juga ia dinamakan. Pengisian dan pengukuhan sahaja belum cukup untuk menjadikan ia prinsip yang terpupuk dalam diri. Ia perlu lalu proses 4P.
Untuk pengetahuan anda juga untuk mengeluarkannya dari dalam diri ia melalui proses yang sama contohnya,
Untuk berhenti merokok,
Pengisian - Pengisian rokok itu boleh menyebabkan kanser
Pengulangan - Ulang-ulang tak merokok bila terasa nak merokok.
Pengukuhan - Bini yang mengandung menegur jangan merokok
Penerapan - Anda berhenti merokok.
Begitulah. Menurut orang tua-tua pengulangan perlu dilakukan sebanyak 40 kali/hari berturut-turut sebelum ia menjadi program diri.
Demikianlah tadi rahsia penerapan nilai diri atau rahsia pembentukan dalam diri anda. Prinsip yang telah ada dalam diri disebabkan oleh proses 4P ini dan untuk memasukkan prinsip yang baru juga perlu melalui proses 4P ini malah untuk mengeluarkannya kita perlu melalui proses yang sama juga.
Pengulangan -
Pengukuhan -
Penerapan -
Pengulangan - Ulang-ulang tak merokok bila terasa nak merokok.
Pengukuhan - Bini yang mengandung menegur jangan merokok
Penerapan - Anda berhenti merokok.
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan mambawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
No comments:
Post a Comment