KONSEP TIGA PENJURU
Sebenarnya tiada satupun peristiwa yang boleh dijadikan cetusan negatif. Cetusan negatif dicipta oleh kita sendiri semata-mata untuk memuaskan hati. Konsep tiga penjuru adalah antara diri kita, perantara dugaan dan Allah Taala.
Kes 1 ;
Ali membeli beberapa biji buah mangga yang masak ranum kekuning-kuningan daripada seorang peniaga. Dia mengambil masa memastikan buah yang dipilihnya itu buah yang cantik-cantik. Sampai di rumah dia dan keluarganya mula memakan buah tersebut. Malangnya semua buah tersebut masam rasanya. Maka tercetuslah kata-kata begini :
“ Haprak punya penjual, jual aku buah mangga yang masam. Rugi duit aku. Nanti kau !! “
Sebenarnya tanpa kita sedari kita memarahi pencipta buah tersebut iaitu Allah Taala. Ini kerana penjual itu pastinya ingin menjual mangga yang manis, dia juga tidak tahu apa rasa buah mangga tersebut. Penanam buah tersebut juga telah berusaha mencari benih daripada mangga yang terbaik namun masam manisnya buah tersebut takkan diketahuinya. Kalau kita tahu yang kita akan menyalahkan Tuhan kerana buah mangga yang masam itu pasti kita akan berhati-hati akan apa yang kita cetuskan.
Kes 2 ;
Abu bermain bolasepak dan dalam perlawanan hari itu beliau menjaringkan 10 biji gol. Dia pun mengeluarkan cetusan berlagak dan berbangga dengan pencapaiannya itu.
“ Ini Abulah, kalau jaringkan sebiji dua gol tak mainlah... Aku ingat lepas ni Manchester United mesti nak beli aku punya.. “
Konsep Segi Tiga mengatakan yang Abu hanyalah perantara Tuhan yang menjadikan keadaan demikian mungkin untuk dijadikan pengajaran bagi pasukan yang kalah hari itu.
Minggu seterusnya dalam perlawanan yang lain, Abu membuat 50 percubaan ke arah gol tetapi tak satupun bola menerjah jaring. Sekali lagi Abu mengeluarkan cetusan negatif :
“Apa punya siallah hari ni... semua yang aku buat serba tak menjadi.. Penjaga gol tu sudahlah pendek tak bagus pulak tu tapi aku tak dapat nak jaringkan gol walau sebiji.”
Sekali lagi konsep tiga penjuru ini mengambil tempat. Kali ini sebagai pengajaran kepada Abu.
Begitu jugalah sekiranya kita mengatakan sesorang itu hitam, hodoh, botak, pendek, tempang, cacat dan sebagainya. Bukankah kita menghina ciptaan Tuhan yang bertujuan membeza-bezakan kita antara manusia.
Seterusnya ;
· Kita sembuh dari penyakit bukan kerana ubat, bukan kerana doktor.
· Kita kuat bukan sebab kita selalu angkat berat di gym.
· Kita berjaya bukan kerana kepandaian dan kepakaran kita.
· Kita kaya bukan kerana kita pandai meniaga.
· Kita pandai bukan kerana kita rajin membaca.
· Kita berpengaruh bukan kerana kita ramai pengikut.
· Kita punya isteri cantik bukan kerana kita pandai “tackle” dia.
· Dan sebagainya.
Ini semua asbab sahaja. Hakikatnya semua ini adalah atas keizinan dan ketentuan Allah Taala. Tanpa izin Allah dengan makan pelbagai ubatpun kita takkan sembuh, berapa banyak kita angkat beratpun kita takkan kuat, berapa rajin kita membacapun kita takkan pandai, walau macamana mahir kita “tackle” si gadis idaman kita tetap tak ada jodoh dengan dia dan begitulah seterusnya. Sedarilah kita tak punya apa. Kita diamanahkan dengan semua ini. Allah pinjamkan kita dengan apa yang kita ada di dunia ini dan tiada sebab untuk kita bersifat sombong, ego, angkuh, bongkak dan riak dengan semua pinjaman itu kerana bila-bila masa Dia boleh mengambilnya kembali. Si kaya boleh kembali miskin, si pandai boleh kembali nyanyuk, si kuat akan kembali lemah, si berjaya juga boleh gagal, si cantik juga akan kerepot kelak, si berkuasa juga akan hilang kuasanya kelak dan begitulah seterusnya.
InshaAllah kita sambung bab kebersihan hati pula dalam bab yang seterusnya.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
No comments:
Post a Comment