MAKHLUK TAK BOLEH BAWA MANFAAT MAHUPUN MUDARAT TANPA IZIN ALLAH
Sepertimana sebilah pisau yang boleh membawa manfaat apabila ia digunakan untuk memotong timun, sayur, daging dan sebagainya namun ia juga boleh bawa mudarat apabila kita terpotong jari kita sendiri.
Begitu juga sepohon pokok kelapa yang boleh dikatakan semua elemen daripada kelapa itu boleh digunakan untuk membawa manfaat kepada kita sebagai manusia sebagai contoh daunnya boleh dibuat penyapu lidi, buahnya memberikan kita air, tombongnya boleh dimakan serta isi kelapa yang boleh dibuat santan dan sebagainya. Namun sekiranya buah kelapa itu jatuh menghempap kepala kita pastinya ia akan membawa mudarat.
Dalam hal ini semua makhluk Allah ataupun semua ciptaan yang diproses dari makhluk Allah ini oleh manusia sebenarnya boleh membawa manfaat dan pada masa yang sama ia juga boleh membawa mudarat kepada kita namun ianya berlaku hanya dengan keizinan Allah Taala. Dalam ertikata lain Allah berkuasa untuk menggunakan mana-mana makhluk ini sebagai perantaan dugaan kepada diri kita. Jadi kalau anda dihempap buah kelapa, bertabahlah, redalah kerana ia tak lain adalah dugaan atau takdir yang ditentukan Allah terhadap kita.
Soalan saya kepada sidang pembaca sekelian yang sampai ke bab ini ialah;
Adakah pengisian dalam blog ini membawa manfaat kepada anda?
Adakah ilmu yang dikurniakan Allah kepada penulis makhluk Allah ini membawa manfaat kepada anda?
Ia akan lebih bawa manfaat bilamana segala ilmu yang disampaikan ini, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan anda. InshaAllah ia akan membawa kejayaan dan kebahagiaan kepada anda.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
No comments:
Post a Comment