Saturday, February 5, 2022

HATI YANG MATI

  

Dalam isu hati ini, apa yang paling ditakuti ialah hati menjadi mati. Bila hati mati maka mata hati akan menjadi buta. Hijab langsung tertutup. Pemilik hati yang mati tidak akan dapat membezakan antara hak dan batil, antara mana yang benar dan mata yang salah. Mereka bangga berbuat dosa dan langsung tak ada rasa bersalah bila melakukannya serta perbuatan lain sepertimana yang tersenarai dalam ilustrasi yang di atas.

Apapun soal hati ini adalah rahsia Allah Taala. Hanya Allah Taala sahaja yang mampu mengubahnya. Namun sebagai manusia andai kita berada dalam keadaan ini maka hendaklah kita bertaubat, berhenti melakukan kemaksiatan ini dan mengambil inisiatif berusaha mendekatkan diri dengan Allah Taala.  

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


No comments:

Post a Comment