Friday, February 4, 2022

KISAH NABI SAW DI ZAMAN JAHILLIAH

 



KISAH NABI MUHAMMAD SAW DI ZAMAN JAHILIAH

Zaman Jahilliah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW  juga dikenali sebagai zaman kegelapan. Jahil membawa maksud bodoh, tak tahu dan sebagainya. Di zaman ini mereka tak punya undang-undang. Mereka bebas melakukan apa sahaja berzina, minum arak, membunuh, menanam anak perempuan hidup-hidup, perempuan dijadikan bahan melepaskan nafsu seks semata-mata, menyembah beratus-ratus berhala dan sebagainya. Mereka bersifat zalim, ganas dan rakus.

Semua yang aktiviti dijalankan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata demi untuk mendapatkan keseronokan dan hiburan hinggalah kedatangan seorang Rasul yang membawa cahaya dari Allah Taala.

Cubalah anda bayangkan anda salah seorang Jahilliah yang bebas melakukan apa sahaja dan kemudian datang Rasullullah SAW yang berkata, haram berjudi, haram minum arak, haram membunuh, haram itu dan haram ini. Semua aktiviti melempiaskan nafsu selama ini diharamkan. Saya yakin anda akan berkata, tiada siapa yang akan menjadi pengikut Muhammad SAW. Pada kita semua yang diharamkan itu tak masuk akal. Bukankah seronok minum arak hingga boleh mengkhayalkan dan berada dalam dimensi yang lain? Bukankah seronok menyakitkan orang lain dan melihat orang lain berada dalam kesakitan? Bukankah seronok melakukan seks secara bebas?

Pasti anda berkata, tiada siapa yang akan menjadi pengikut Rasullullah SAW. Tak cukup dengan itu kemudian Rasullullah berkata hendaklah kamu mendirikan solat, wajib berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, kalau ada lebihan duit dan cukup haulnya maka hendaklah kamu menunaikan zakat, menunaikan haji, berbuat baik terhadap perempuan dan hamba, terhadap ibubapa dan sebagainya. 

Saya yakin anda akan berkata sudahlah Nabi haramkan itu ini, ini tak boleh itu tak boleh, lepas tu dia suruh pulak kita buat itu ini. Dia cuba merampas kebebasan kita, merampas harta kita, merampas keseronokan kita.

Pasti anda akan berkata dengan penuh yakin, tiada siapa yang akan menjadi pengikut Rasullullah! Dan Nabi SAW pasti akan menemui kegagalan dalam usahanya itu.

Namun demikian tanpa disedari pengikut Nabi SAW semakin hari semakin bertambah. Kemudian dalam Perang Badar 313 orang pengikut Islam turut serta. Dalam perjanjian Hubaidiah yang nyata berat sebelah terhadap Islam itu seramai 10,000 pengikut turut serta, setahun selepas itu seramai 114,000 orang telah menjadi pengikut Muhammad SAW dan sehingga kini lebih 1,800,000,000 penduduk bumi telah menjadi umat Islam pengikut Nabi Muhammad SAW. 

Umat Islam yang kebanyakannya percaya kepada Allah dan Rasulnya, percaya yang arak, judi dan seks bebas itu haram, patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Dalam ertikata lain, ugama Islam adalah ugama penyerahan, ugama kepatuhan, ugama yang benar, ugama hati. Ia bukan untuk orang yang berfikir secara logik, rasional akal. Saya rasa tak perlulah saya berhujah dengan panjang lebar tentang pelbagai topik yang lain kerana pintu masuk keislaman adalah di hati anda. Saya yakin semua persoalan manusia terjawab dalam ugama Islam dan tiada apa yang hendak diragukan.

Persoalannya, adakah anda seorang yang lebih zalim, ganas dan lebih rakus dari orang di zaman Jahilliah? Pastinya tidak.
  • Kalau sekadar berpakaian seksi, bermata biru dan berambut merah.
  • Kalau sekadar mengambil dadah, minum arak dan berjudi sembunyi-sembunyi.
  • Kalau sekadar menjalankan seks bebas di luar pengetahuan mak dan bapak.
  • Kalau sekadar menjadi gay dan lesbian.
  • Kalau sekadar percaya kepada skinhead, punk dan death metal.
  • Kalau gagal melawan nafsu untuk melaku semua ini.
Kerana anda tak membunuh secara sesuka hati, kerana anda tak membunuh anak perempuan hidup-hidup dan hidup bebas tanpa undang-undang.

Kalau dibuat perbandingan kejahatan anda hanya sekelumit dari apa yang dilakukan oleh kaum Jahilliah. Kalau kaum Jahilliah melihat anda dengan kejahatan yang anda lakukan pada hari ini maka mereka pasti akan gelak terbahak-bahak dan terguling-guling kerana merasakan kejahatan yang anda lakukan sekadar di celah gigi mereka. Buat malu je!

Persoalannya di sini kalau orang Jahilliah juga akhirnya boleh memeluk Islam dan patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya kenapa tidak anda?

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;

 

No comments:

Post a Comment