MINDA DUNIA DAN MINDA AKHIRAT
"Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya."
Surah Ibrahim ayat 3
Oleh sebab kita dilahirkan di dunia ini jadi kita memerlukan penerapan dunia untuk menjalankan kehidupan dengan lebih baik. Kita perlu tahu Geografi supaya kita tahu kedudukan sesuatu tempat, kita perlu tahu Sejarah untuk kita mengambil iktibar darinya, kita perlu tahu Matematik supaya kita tahu mengira dan sebagainya. Semenjak dilahirkan banyak perkara yang perlu kita pelajari baik secara formal di bilik darjah mahupun secara tidak rasmi melalui pengalaman kehidupan. Sejarah, Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, kemahiran hidup, kesihatan, kraftangan, seni, ugama dan sebagainya.
Namun pada hakikatnya kehidupan kita bukan hanya berakhir di sini. Sebagai seorang Islam, kita sebenarnya akan menghadapi kehidupan akhirat selepas kita mati kelak. Jadi kita perlukan pengisian akhirat demi untuk menyediakan diri di hari kemudian. Apapun fakta ini hanya dipercayai dan diyakini oleh orang Islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Di sini saya ingin menitikberatkan tentang pengisian ugama Islam yang mana ia juga dianggap sebagai salah satu matapelajaran sedangkan ugama sebenarnya bukan matapelajaran kerana ia merangkumi segalanya dalam kehidupan ini iaitu ugama merupakan cara hidup. Bila bercerita tentang ugama maka hati merasakan yang ianya adalah sesuatu yang membawa kepada kegelapan sedangkan pada hakikatnya pengisian ugama sebenarnya membawa cahaya dan nikmat kepada hati kepada orang yang memahami dan bertakwa kepada Allah Taala.
Ia bergantung kepada pengisian dunia ataupun pengisian akhirat. Pengisian dunia dengan pandangan mata kasar dan mata akal sedangkan pengisian akhirat akan memandang dari kacamata hati. Pengisian akhirat akan menyebabkan apa yang dipandang dihubungkaitkan dengan Allah sedangkan pengisian dunia pula akan membawa seseorang manusia itu hanyut dalam dunia ini.
Dalam isu ini, orang yang mempunyai penerapan dunia yang banyak dalam dirinya saya namakan orang berminda dunia dan sebaliknya orang yang mempunyai penerapan akhirat yang banyak pula saya namakan orang berminda akhirat. Mereka ini pula terdiri dari pelbagai kategori dari yang biasa kepada yang berat. Maksud saya ada orang berminda dunia yang baik dan tidak melakukan kerosakan pada dirinya sendiri sebagai contoh mereka yang hidup seperti biasa menghabiskan masa dengan memancing, bersukan dan sebagainya dan mereka suka kepada barang-barang mewah dan berjenama. Namun begitu ada pula yang merosakkan diri dengan berzina, minum arak, berjudi, mengambil dadah, mengabiskan masa di kelab-kelab malam dan sebagainya. Pun begitu mereka ini masih lagi berada dalam rangkuman ugama Islam.
Orang berminda akhirat pula juga berada dalam kategori yang berbeza. Dari segi ibadah solatnya, ada yang tak cukup solatnya, ada yang cukup tapi bukan di awal waktu, ada yang cukup di awal waktu, ada yang cukup di awal waktu berjemaah. Ada yang berpakaian biasa dan ada yang hingga berserban, berjubah dan berjanggut. Ada yang hanya menggunakan pengisian untuk diri sendiri namun ada juga yang menyampaikannya kepada yang ramai. Ada yang berkawan dengan orang berminda dunia dan ada yang tidak.
Pada pendapat saya ada beberapa cara untuk membezakan antara orang berminda dunia dengan orang berminda akhirat ini. Cara yang paling mudah ialah untuk melihat siapakah kawan-kawan kita. Orang berminda dunia akan berkawan dengan orang berminda dunia juga dan cerita mereka juga berkisar tentang dunia. Kisah perkembangan isu semasa, artis, lagu, wayang yang ditonton, kelab bola sepak kegemaran dan sebagainya. Cara berpakaian yang tidak menutup aurat, dengan rambut dan mata yang bermacam warna dan sebagainya. Mereka juga suka menghabiskan masa di kelab-kelab dan tempat-tempat yang tidak berfaedah membuang masa dengan sia-sia.
Berbeza dengan orang berminda akhirat pula ceritanya lebih kepada kisah tentang kehebatan Allah, isu-isu ugama dan selalu mengambil peluang untuk menjalankan usaha dakwah dan lebih suka menghabiskan masa di masjid. Mereka juga lebih senang berkawan dengan orang-orang yang sama pengisian dengannya supaya mereka sering dapat ingat mengingati, nasihat menasihati.
Orang berminda akhirat selalunya melakukan sesuatu demi untuk mendapatkan tak lain dan tak bukan keredaan Allah Taala manakala orang berminda dunia selalunya ada agenda untuk kepentingan diri, menunjuk-nunjuk, mendapat ganjaran duit, seks, nama dan sebagainya. Orang berminda akhirat akan selalu melakukan sesuatu dengan memikirkan implikasinya di akhirat kelak dan masa yang ada tidak akan digunakan dengan sia-sia. Mereka selalunya akan bekerja, melakukan sesuatu perbuatan yang baik, berdakwah dan dalam diam mereka akan berfikir dan berzikir. Semua ini sebenarnya berada dalam rangkuman ibadah kepada Allah Taala.
Surah Ibrahim ayat 3
Oleh sebab kita dilahirkan di dunia ini jadi kita memerlukan penerapan dunia untuk menjalankan kehidupan dengan lebih baik. Kita perlu tahu Geografi supaya kita tahu kedudukan sesuatu tempat, kita perlu tahu Sejarah untuk kita mengambil iktibar darinya, kita perlu tahu Matematik supaya kita tahu mengira dan sebagainya. Semenjak dilahirkan banyak perkara yang perlu kita pelajari baik secara formal di bilik darjah mahupun secara tidak rasmi melalui pengalaman kehidupan. Sejarah, Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, kemahiran hidup, kesihatan, kraftangan, seni, ugama dan sebagainya.
Namun pada hakikatnya kehidupan kita bukan hanya berakhir di sini. Sebagai seorang Islam, kita sebenarnya akan menghadapi kehidupan akhirat selepas kita mati kelak. Jadi kita perlukan pengisian akhirat demi untuk menyediakan diri di hari kemudian. Apapun fakta ini hanya dipercayai dan diyakini oleh orang Islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
No comments:
Post a Comment