Saturday, February 5, 2022

MEMBENTUK PRINSIP DIRI YANG CEMERLANG

 



HATI YANG CEMERLANG

Sebagai tambahan dalam isu hati ini. Dalam huraian seterusnya ini saya akan huraikan sifat dan sikap untuk berjaya dan mencapai kecemerlangan. Saya namakannya sebagai hati yang cemerlang. Mari kita perhatikan carta di bawah ini sebagai tambahan kepada sifat yang telah saya senaraikan dalam gambarajah di atas ;


Sikap kita    Sikap orang yang cemerlang
 
Tiada matlamat            Punya matlamat yang jelas
Pemalas                    Gigih
Mudah mengalah    Tak putus asa
Lembab                    Kreatif
Melepaskan peluang    Mencari peluang
Membuang masa    Menghargai masa
Negatif                    Positif

Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang berjaya, tanyalah jutawan, tanyalah seorang cendiakawan, tanyalah seorang ahli sukan yang berjaya, mereka pasti akan mempunyai sikap cemerlang sepertimana yang saya huraikan ini. Ia bukan datang bergolek tetapi setiap seorang dari mereka faham akan kepentingannya jadi mereka memupuk dan membentuk sifat dan sikap cemerlang ini supaya menjadi pembawakan dirinya.

Jadi, untuk berjaya seperti mereka kita mesti melapangkan dada dan mula memupuk semua sikap positif ini serta menggantikannya dengan sifat negatif dari dalam diri dan kemudiannya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian walau dalam apa juga yang kita usahakan. Maka saya yakin kecemerlangan bakal menjadi milik anda!

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;

No comments:

Post a Comment