KUNCI KECEMERLANGAN DAN KEBERKATAN
Dalam apa yang kita lakukan ada dua elemen utama yang dipegang oleh mereka yang berminda dunia untuk mencapai kecemerlangan iaitu keinginan dan pengorbanan.
Keinginan ini bermula dengan kehendak tentang apa yang mahu dicapai dalam hidup contohnya untuk berjaya, jadi kaya, untuk jadi terkenal atau apa sahaja. Dengan adanya kehendak ini barulah segala pengorbanan dilakukan. Bermula dengan perancangan, perngorbanan demi pengorbanan, usaha dan ikhtiar, modal dan tenaga kerja atau apa sahaja sumber yang digunakan untuk mencapai keinginan tersebut.
Kata mereka “activities is productivities”. Hinggakan ada di antara mereka yang mengatakan solat lima waktu itu hanya membuang masa kerana masa yang digunakan untuk solat itu lebih baik digunakan untuk meningkatkan productivity. Mereka mengambil contoh orang Jepun dan orang Korea yang tidak bersolat namun mereka merupakan bangsa yang berjaya. Inilah prinsip pegangan mereka. Mereka begitu taksub dengan masa dan berhempas pulas menjalankan segala usaha untuk berjaya. “Get rich or die trying” itu kata mereka. Kemudian apabila kejayaan itu dicapai mereka berkata merekalah punca kejayaan itu dikecapi. Mereka merasakan semua itu dapat dicapai hasil tulang empat kerat yang telah mereka usahakan selama ini. Mereka bangga dengan pujian manusia lantas merasakan yang mereka hebat. Namun apabila gagal mereka kecewa, marah, geram dan putus asa. Mereka merasakan kekalahan dan kegagalan itu umpama Gunung Everest menghempap diri mereka. Mereka merasakan ianya adalah sesuatu yang begitu berat untuk mereka tanggung.
Bagi mereka yang berminda akhirat pula ada tambahan dua lagi elemen selain keinginan dan pengorbanan iaitu doa dan tawakkal. Keinginan mereka datang dalam bentuk niat yang ikhlas kerana Allah Taala dalam apa juga yang bakal mereka lakukan. Pengorbananan boleh datang dalam pelbagai bentuk usaha dengan penuh istiqomah tetapi mengikut hukum-hakam syarak. Mereka tidak berpegang kepada matlamat tidak menghalalkan cara. Ini bermakna cara yang salah tidak menghalalkan hasil yang bakal mereka dapati. Seterusnya setelah meletakkan usaha dan ikhtiar, mereka berdoa kepada Allah dan berharap agar Allah menentukan yang terbaik buat mereka, agar Allah melancarkan segala urusan mereka dan akhir sekali mereka bertawakal iaitu menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah. Penyerahan ini penting kerana sekiranya tidak berjaya maka mereka tidak akan merasa kecewa dan putus asa kerana mereka tahu kegagalan itu adalah dalam ketentuan Allah atas sebab-sebab yang tertentu. Namun ia tidak akan mematahkan semangat mereka untuk meneruskan usaha yang seterusnya. Ada hikmah dalam kegagalan itu. Ada Iktibar dan tauladan yang perlu diambil dalam setiap kegagalan itu.
Sekiranya berjaya mereka tidak menanti pujian manusia sebaliknya mereka sujud bersyukur kepada Allah Taala atas kejayaan yang dikurniakan Allah itu, bersyukur atas kelancaran dalam segala urusan yang telah mereka jalankan dan sebagainya. Dalam hati mereka tiada sifat aku tetapi yang hanya ada hanyalah Allah Taala kerana mereka tahu sesungguhnya semuanya dari Allah.
Dalam hal ini kecemerlangan tanpa keberkatan adalah jauh berbeza dengan kecemerlangan dengan keberkatan. Kecemerlangan tanpa keberkatan akan bersifat sementara dan mudah mengecil lantas hilang sedangkan kecemerlangan dengan keberkatan akan terus-terusan mekar bercambah dan berbuah bukan hanya di dunia malahan sampai ke akhirat. InshaAllah.
BICARA TENTANG NIAT DAN MATLAMAT
NIAT KECIL
NIAT MEMUASKAN EMOSI
FAME
Kerana nak menunjuk-nunjuk
Kerana nak dipandang mulia
Kerana nak kurus, sasa dan lawa
Kerana nak jadi popular
Kerana nak pangkat
Kerana nak gelaran
Kalau tak jaga sifat Sombong Riak, Takbur, Ujub dll bakal menguasai diri.
MATLAMAT DUNIA DAN BERSIFAT SEMENTARA
Sebab semua ni tak boleh bawak ke akhirat.
NIAT SEDERHANA
NAK MEMUASKAN NAFSU
FORTUNE
Kerana duit
Sanggup buat apa sahaja
kerana duit. Memgambil, Meminta, Mencuri, Menipu, Memanipulasi, Rasuah dll.
Sebab kalau ada duit boleh dapat macam-macam kepuasan.
Boleh dapat perempuan, boleh melancong, boleh beli kereta sport, boleh beli segalanya.
Kejar harta dan kemewahan
Kalau tak jaga sifat Kedekut, Tamak, Haloba, Membazir, Mengambil yang bukan hak dll akan menguasai diri.
MATLAMAT DUNIA DAN BERSIFAT SEMENTARA
Sebab semua ni juga tak boleh bawak ke akhirat.
NIAT UTAMA
Semua yang kita buat kerana Allah Taala kerana kita manusia makhluk ciptaan Allah Taala.
Berhubungan kerana Allah
Kerja kerana Allah
Berniaga kerana Allah
Semua kerana Allah.
Bila semua yang kita buat kerana Allah maka Allah akan pelihara kita. Dikurniakan dengan rezeki yang mencukupi lagi berkat, perniagaan yang maju, perhubungan yang bahagia, kelapangan, kesihatan dan terpelihara dari semua sudut. Dinaikkan kedudukan di sisi Allah dan di sisi manusia. InshaAllah.
Kalau jaga maka sifat mahmudah seperti sifat rendah hati, pemurah, amanah, bertanggung jawab, suka berkhidmat dll akan meresap ke dalam hati.
MATLAMAT AKHIRAT DAN BERSIFAT KEKAL SELAMA-LAMANYA
Sebab semua ni akan di bawa akhirat kelak.
Jom mulai hari ini semua yang kita buat, kita buat tak lain adalah kerana Allah SWT.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
No comments:
Post a Comment