KASIHAN INSAN BERMINDA AKHIRAT DI DUNIA...
Dugaan demi dugaan harus ditempuhi sepanjang kehidupan. Kebanyakan manusia mahu dihargai tetapi tidak menghargai, mahu dipandang tetapi tidak memandang, mahu dihormati tetapi tidak mahu menghormati.
Bila difikirkan maka saya kasihan pada insan yang berminda akhirat. Iaitu mereka yang patuh dan faham akan prinsip Islam ini. Ini kerana mereka merupakan insan-insan yang sukakan kedamaian. Mereka berada dalam keadaan tenang dan bukan dari golongan yang suka beremosi, dramatik dan penuh dengan kemarahan dan rasa tak puas hati.
- Sedang orang berminda dunia berdendam dan tak dapat memaafkan, insan berminda akhirat tidak akan berdendam dan memaafkan walaupun diri mereka diperlakukan dengan buruk. Ini kerana mereka faham Allah Maha Pengampun dan Nabi SAW juga mengampunkan umat. Mereka tak punya hak untuk tidak memaafkan.
- Sedang orang berminda dunia memasukkan kebencian dalam diri dan rasa tak puas hati lantas mencari peluang untuk bergaduh dan berperang, insan berminda akhirat menghindari perbalahan hanya kerana mereka mahu memelihara silaturrahim dan tak mahu memutuskannya.
- Sedang orang berminda dunia sentiasa tak puas hati dengan pelbagai dugaan kehidupan, insan berminda akhirat reda walau apapun juga keadaannya kerana tahu dan yakin yang semuanya datang dari Allah Taala.
- Sedang orang berminda dunia membalas dengan penuh kekejaman, insan berminda akhirat hanya boleh balas dalam lingkungan yang dibenarkan dan setimpal dengan apa yang diperlakukan, tidak lebih dari itu dan selebihnya diserahkan pada Allah Taala.
- Sedang orang berminda dunia mengejar harta, nama, pangkat, gelaran dan sebagainya insan berminda akhirat hanya mengejar keredaan Allah Taala.
- Sedang orang berminda dunia menipu dan mengelirukan, insan berminda akhirat bercakap benar dan berhemah.
- Dan banyak lagi...
Sebenarnya sukar untuk menjadi seorang insan berminda akhirat yang faham akan hukum hakam dan mengikut sunnah Nabi SAW ini. Insan yang mendapat kefahaman dalam beragama. Ini kerana mereka terpaksa berhati-hati dalam penggunaan emosi kerana tahu emosi hanya boleh digunakan di tempat yang hak dan yang dibenarkan. Dan hakikatnya ini adalah sesuatu yang sukar.
Insan berminda akhirat beremosi ;
• Bila Allah dihina
• Bila Islam dipersendakan
• Bila Nabi SAW dipermainkan
• Demi menjaga kehormatan keluarganya
• Bila melihat kemaksiatan
• Bila melihat keimanan manusia yang semakin meruncing.
Marah dalam rangkuman yang tertentu dan dibenarkan.
Namun demikian orang berminda dunia marah kerana semua perkara. Marah yang tiada berpenghujung, tiada had. Marah disebabkan makhluk dan kejadian.
Orang berminda dunia pula beremosi dan marah ;
• Sebab makanannya lambat sampai
• Sebab hari hujan
• Sebab kekasih lambat sampai
• Sebab kena marah
• Sebab jalan jem
• Sebab kereta rosak
• Sebab tak jawab panggilan telefon
• Dan berjuta sebab yang lainnya.
• Sebab hari hujan
• Sebab kekasih lambat sampai
• Sebab kena marah
• Sebab jalan jem
• Sebab kereta rosak
• Sebab tak jawab panggilan telefon
• Dan berjuta sebab yang lainnya.
Sebenarnya perselisihan dan pertembungan sering berlaku antara orang berminda dunia dan insan berminda akhirat ini. Ini kerana orang berminda dunia tidak dapat memahami insan berminda akhirat sedangkan insan berminda akhirat faham akan tindak tanduk orang orang berminda dunia kerana satu ketika dahulu insan berminda akhirat juga merupakan orang berminda dunia sebelum dia insaf dan terbuka pintu hatinya.
Malangnya di dunia ini terdapat lebih banyak orang berminda dunia dari insan berminda akhirat. Jadi jumlah majoriti ini memperlihatkan seakan mereka berada dalam kebenaran. Hakikatnya mereka hanya melakukan kerosakan dan maksiat. Lihatlah rancangan televisyen yang ada di negara ini contohnya, majoritinya rancangan hiburan dan rancangan bersifat duniawi.
Apapun, ingatlah secara puratanya setiap kita akan singgah di muka bumi ini selama 70 tahun atau 25,000 hari sebelum MATI dan meninggalkan semua yang kita usahakan sepanjang kehidupan kemudian digantikan dengan generasi yang baru yang akan diduga dengan perkara yang sama. Sedarilah orang yang paling bijak ialah orang yang sepanjang kehidupannya membuat persiapan untuk menuju kematian.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
No comments:
Post a Comment