MAKHLUK CIPTAAN ALLAH
Dalam bab ini kita mulakan dengan membahagikannya kepada tiga kelompok. Kelompok pertama terdiri pada manusia, jin, malaikat dan iblis. Kitapun tahu akan kisah bagaimana manusia dicipta. Yang pastinya dalam Islam manusia bukannya datang dari keturunan beruk! Manusia pertama yang dicipta adalah Nabi Adam A.S. yang dicipta Allah dari segumpal tanah. Kemudian dari rusuk Adam terciptanya manusia kedua iaitu Hawa seorang perempuan. Allah muliakan makhluk mulia dan dikurniakannya dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang tiada pada malaikat dan makhkuk lain. Inilah antara sebab kenapa iblis memberontak lantas dilaknat Allah hingga ke akhir zaman kerana dia merasakan dirinya lebih mulia. Kerana katanya dia dicipta dari api yang lebih mulia kedudukannya.
Kemudian makhuk lain dalam kelompok pertama ini ialah Malaikat, Iblis, Syaitan dan Jin. Semua makhluk ini ghaib di kacamata manusia namun kita wajib mempercayai akan kewujudannya. Dalam hal ini ia bukan hantu, polong, jembalang, pontianak dan sebagainya sebab dalam Al Quran tidak ada langsung disebutpun pasal semua hantu-hantu ini. Jadi tak perlulah kita sebagai seorang Islam mempercayai hantu-hantu ini. Cukuplah kita percaya kepada kewujudan malaikat, jin dan iblis sepertimana yang dikisahkan dalam Al Quran. Untuk pengetahuan anda, sebelum kehadiran manusia, Iblis atau nama lainnya adalah Azazil adalah ketua malaikat tapi beliau bukan malaikat, beliau adalah dari keturunan jin. Sebab itulah dia boleh memilih untuk taat ataupun tidak. Malaikat pula adalah makhluk Allah yang dicipta cari cahaya dan merupakan golongan makhluk yang hanya taat dan patuh kepada perintah Allah.
Kelompok kedua adalah makhluk-makhluk yang lain iaitu segala yang ada di langit dan di bumi, gunung, bukit, tanah, binatang, haiwan, serangga, burung, logam, air, angin, api dan sebagainya. Kita semua tahu yang semua ini adalah ciptaan Allah. Kita juga tahu yang mereka semua bertasbih kepada Allah. Mereka semua tertakluk kepada perintah Allah Taala dengan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan.
Kemudian dari kelompok yang kedua inilah manusia mencipta darinya. Manusia mengambil dari sumber-sumber yang ada di muka bumi ini, sumber-sumber yang dicipta Allah Taala lantas dijadikan benda-benda dan ciptaan yang digunakan untuk memudahkan kehidupan manusia itu sendiri. Dari sumber di bumi inilah manusia mencipta kereta, motor, basikal, kapal terbang, lori dan sebagainya. Manusia juga mencipta pelbagai gajet, pakaian kasut, handbag, ubat, radio, TV, makanan, minuman dan sebagainya. Semakin lama semakin banyak benda-benda yang dicipta. Semuanya untuk kemudahan manusia itu sendiri, semakin lama ia semakin canggih.
Seterusnya kelompok yang ketiga iaitu makhluk yang Allah cipta tapi jarang-jarang kita ambil berat, jarang-jarang kita perhatikan, jarang-jarang kita terbuka minda untuk memikirkannya. Sedangkan semua makhluk ini adalah makhluk makhluk ciptaan Allah Taala juga. Cumanya makhluk ini tidak kelihatan secara fizikal tetapi ia tetap wujud. Perasaan bosan, gembira, kecewa, sedih, putus asa, stress, nafsu dan sebagainya juga adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk yang Allah cipta. Malah makhluk mati, ilmu, penyakit dan sebagainya juga adalah makhluk yang tertakluk kepada perintah Allah.
Tahukah anda yang makhluk mati mahupun makhluk penyakit tak wujud di akhirat. Kenapa? Sebab mana ada orang yang akan sakit mahupun mati lagi bila di akhirat kelak sebab mereka akan hidup selama-lamanya di sana nanti. Begitu juga dengan makhluk bosan, stress, tertekan dan putus asa dan sebagainya dia tidak wujud di dalam syurga. Ini sebab di syurga semua orang di dalamnya hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera penuh dengan kasih dan sayang.
Tidak mengapa, saya akan menghuraikan tentang perihal makhluk-makhluk ini dengan lebih lanjut dan mendalam lagi dalam bab-bab yang akan datang.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
No comments:
Post a Comment