Friday, February 4, 2022

3 KATEGORI SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW

 


Dalam hal Sunnah Nabi S.A.W ini terdapat 3 kategori Sunnah Rasul Allah ini. Kita bukan sahaja hanya perlu ikut dari segi baginda berpakaian, panjangnya rambut, selipar dan sebagainya sahaja tetapi ia juga merangkumi cara kehidupan Nabi SAW seharian dan akhir sekali ialah perkara spiritual atau dalaman Nabi SAW. Akhlak Nabi S.A.W. Kita kena ikut secara keseluruhan. Contohnya seperti berikut ;

RASULULLAH S.A.W

Rasulullah S.A.W berdoa dengan khusyuk, airmatanya sentiasa berlinangan, wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata yang memandangnya, sangat elok dan sempurna. 

Rasulullah S.A.W. memiliki perasaan halus, mengambil wudu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena, suka makan secara beramai-ramai dari berseorangan, bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik.

Rasulullah S.A.W. makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Tidak pernah mengumpat, mencerca orang lain, memakai serban di atas kupiahnya.

Rasulullah S.A.W. memberi salam kepada ahli rumah ketika berpergian dan kepulangannya, sangat berlemah-lembut terhadap isteri dan ahli keluarganya, sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya, bersalaman dengan sahabat dan memeluk mereka ketika bertemu. Rasulullah S.A.W. tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang yang dijabatnya itu melepaskan tangannya dahulu.

Rasulullah S.A.W. mengangkat tangannya apabila melintasi kanak-kanak, tanda hormat kepada mereka, tidak pernah merenung wajah orang lama-lama, sangat menghormati orang tua, sangat mengasihi orang-orang muda dan kanak-kanak.

Rasulullah S.A.W. tidak bangun dari sesuatu majlis sehingga tetamu lain bangun, tidak pernah melunjurkan kakinya di hadapan sahabat, suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya, tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi tersenyum lembut.

Rasulullah S.A.W. sangat fasih dan manis tutur bicara, tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan, amat mengasihi kepada umatnya, tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah melebihi keperluannya. Rezeki berlebihan akan ditabur untuk jihad fisabilillah.

Rasulullah S.A.W. sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan, tidak pernah menghina orang miskin, tidak pernah merasa terhina bergaul dengan orang miskin, suka memberi makan kepada fakir dan sering duduk bersama mereka.

Rasulullah S.A.W. amat pemurah sehingga digambarkan seperti angin yang lalu, tidak suka tidur dalam bilik yang gelap, tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi, bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangannya.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari akhlak Rasulullah S.A.W ini dan dijadikan pakaian diri. Ini kerana ada “nur” di dalam setiap sunnah Nabi itu.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;

No comments:

Post a Comment