TAHU KE TAK
TAHU
Apa
yang masuk ke dalam diri itulah yang keluar. Kalau yang masuk rancangan TV, kisah
artis dan hal ehwal semasa maka itulah juga yang bakal keluar. Kalau masuk hari-hari
perihal kerja maka yang keluarpun hari-hari kisah di tempat kerja. Takkanlah
itu sahaja cerita kita sepanjang masa sampai hari kita mati?
Baiklah
dalam aritkel ini apa kata kita selidiki sedikit sebanyak mengenai input atau
pengisian yang masuk ke dalam diri kita itu. Pengisian atau input terbahagi
kepada empat bahagian iaitu ;
TAK SEDAR
- Tak tahu tak tahu
- Tak tahu tahu
SEDAR
- Tahu tak tahu
- Tahu tahu
Kita tahu yang kita tahu dan kita tahu yang kita tak tahu
berada dalam rangkuman minda kita yang sedar. Persoalan ini menunjukkan yang
kita berada dalam rangkuman yang kita sudah tahu sedangkan aspek kita tak tahu
yang kita tahu dan tak tahu yang kita tak tahu pula berada dalam rangkuman
minda tidak sedar.
Proses ini bermula dari langsung tak tahu kemudiannya
dengan pengisian, pengalaman, pendedahan, penyelidikan, penelitian,
pembelajaran, penerimaan dan sebagainya kita menjadi tahu.
Kalau zaman dahulu manusia menyangkakan yang bumi ini
berbentuk empat segi dan mendatar hinggalah dibuktikan oleh para saintis yang
ia sebenarnya berbentuk sfera. Kalau dahulu manusia menyangkakan tiada apa yang
terdapat dalam air yang jernih hinggalah penciptaan mikroskop yang menyebabkan
manusia tahu yang terdapat banyak mikroorganisme di dalamnya. Hakikatnya
tahukah anda sebelum saintis dapat mengetahui semua ini melalui kajian saintifik
dalam tahun-tahun kebelakangan ini, 1400 tahun dahulu ia telah diterangkan melalui
wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan dipaparkan dalam Al Quran. Kebenaran
yang kemudiannya disahkan oleh kajian sains mengenai alam semesta.
Pengetahuan mengenai bumi ini terus-terusan berkembang
hingga manusia mendapati yang mereka sebenarnya hidup dalam bumi yang begitu
kecil di dalam cekerawala dibandingkan dengan planet-planet lain di alam
semesta ini seperti yang telah diterangkan dalam Al Quran. Begitu jugalah pengetahuan
mengenai air yang mana para saintis mendapati ia terbentuk dari kristal-kristal
berbentuk segienam atau heksagon. Sekiranya kita berkata perkara yang baik atau
berdoa kepada air tersebut maka bentuk kristal ini menjadi lebih cantik dan
sebaliknya kalau kita mencarut mengkeji heksegon itu akan pecah dan rosak.
Kemudian mereka juga mendapati air zam-zam punya kandungan mineral yang paling
baik dan bentuk kristal yang paling cantik.
Manusia akan terus-terusan mengkaji dan apakah penemuan
yang seterusnya tidaklah saya ketahui tetapi bagi kebanyakan kita, kita tak
perlu jadi saintis untuk menjalankan penyelidikan bertahun-tahun bagi
mendapatkan sesuatu fakta untuk disampaikan kepada umum mahupun menjadi
pencipta kepada sesuatu teknologi yang baru. Umumnya kita hanya perlu belajar
dan meluaskan ilmu pengetahuan dengan pengisian dan maklumat yang telah sedia
ada.
Sebagai satu contoh yang lain pula, ada orang yang tak tahu
dia tak punya sikap menghargai. Dia tahu apa maksud perkataan menghargai tetapi
hakikatnya dia tak tahu yang dia tak tahu menghargai. Orang sebegini umpama
peribahasa melayu yang berbunyi melepaskan anjing tersepit. Sudah dilepaskan ia
menggigit pula orang yang menolongnya. Orang sebegini mahu dihargai sekiranya
dia melakukan kebaikan tetapi tak tahu menghargai orang melakukan kebaikan
padanya. Hinggalah pada satu hari terjadi sesuatu yang akhirnya menyedarkannya
akan perihal ini. Ramai yang tahu sifat pemurah itu baik namun dari segi
perbuatan sikapnya kedekut. Tahu sahaja tak cukup kalau kita tak menghayati dan
melaksanakannya.
“Jangan buang masa” ialah satu ayat yang kita sering dengar
dan kita tahu tapi hakikatnya kita tak faham kerana walaupun kita tahu tapi kita
tetap membuang masa begitu sahaja. Tahu ke tak tahu? Itu persoalannya.
Mari kita mulakan perbincangan pengisian atau input ini
menggunakan analogi seorang pelukis.
TAK TAHU TAK
TAHU
Langsung tak tahu dan tak pernah tahu apakah yang dinamakan
dengan lukisan abstrak.
TAK TAHU TAHU
Melukis sebuah lukisan abstrak secara suka-suka tapi tak
tahu itu adalah lukisan abstrak.
TAHU TAK TAHU
Tahu mengenai lukisan abstrak tapi tak tahu bagaimana
untuk melukisnya.
TAHU TAHU
Tahu mengenai lukisan abstrak dan tahu bagaimana untuk
melukisnya.
Dalam hal ini ada benda yang langsung kita tak tahu dan
tak pernah dengar. Ada pula perkara yang kita tak tahu kita tahu. Contohnya pernah
tak anda dengar intrumen muzikal bernama didgeridoo atau burung
kakapo mahupun haiwan bernama solendon? Mungkin anda pernah dengar mengenai
Bumblebee robot dalam cerita Transformer itu tetapi sebenarnya nama itu datang dari
nama sejenis lebah yang berwarna hitam kuning berbelang. Apa yang kita tak tahu
ialah juga merupakan nama sejenis kelawar kecil yang habitatnya di tenggara Thailand
dan Myanmar.
Oleh itu kita kenalah menjadi insan yang sentiasa terbuka
untuk menerima ilmu serta pengetahuan. Kalau kita tak tahu kita akui kita tak
tahu lantas kita tanya dan belajar. Perkara yang kita tahu tak tahu contohnya
kita tahu mengenai sebuah violin dan kalau kita mempelajari cara bagaimana
untuk bermainnya pasti kita akan berada dalam peringkat tahu-tahu. Sekiranya
tidak ia akan hanya menjadi input atau pengisian mentah yang yang digunakan
sebagai pengetahuan. Ia hanya keluar sekali sekala dalam perbualan seharian dan
yang peliknya mengenai otak ialah ia akan men”delete” atau membuang memori yang
tak penting dan hanya menyimpan memori yang penting dan bernilai untuk diri
kita.
Kesimpulannya carilah sebanyak mana input dan ilmu kerana
ilmu tak akan datang bergolek kalau kita tak pergi mencarinya. Kalau kita duduk
di dalam sebuah kampung yang jauh dan saban hari bertemu dengan orang yang
sama, dalam kelompok yang sama maka tak banyaklah ilmu yang akan dapat kita pertingkatkan
dalam diri nanti. Tontonlah televisyen, bacalah majalah dan buku, layarilah
internet, berbicaralah dengan orang baru, hadirilah ceramah di masjid dan
sebagainya kerana ini semua merupakan media kemasukan ilmu yang baru ke dalam
diri. Ia pastinya lambat laun akan membuka horizon minda dan membawa kebaikan yang
banyak dalam diri kita.
Hakikatnya kita tak perlu tahu semua benda dalam hidup.
Kita mungkin menjadi seorang yang luas pendangan dan berpengetahuan tinggi. Itu
sahaja. Lainlah kalau kita nak masuk dalam rancangan kuiz “Who wants to be a
Millionaire” supaya kita dapat menjawab semua soalan kuiz tersebut dan kalau
menang kita akan mendapat sejuta ringgit! Hakikatnya dalam jangmasa hidup yang
pendek ini kita TAK AKAN dapat menguasai semua ilmu yang ada di mukabumi ini.
Sebenarnya kita hanya perlu mendapatkan ilmu tertentu
dalam bidang tertentu yang kita ceburi. Kukuhkan mana ilmu yang perlu dan tak
perlu kukuhkan mana yang tak perlu. Saya pernah bertemu dengan Billionair yang
hebat dalam perniagaan tapi lemah dalam penguasaan bahasa. Pelik bukan? Tapi
itulah hakikatnya.
F – Gagal
E - Lulus
D - Memuaskan
C - Sederhana
B - Baik
A - Cemerlang
Dalam apa juga ilmu ia bemula dengan tak tahu atau dalam
kategori F. Kategori gagal. Kalau kita belajar sedikit maka kita akan faham dan
lulus. Masuk dalam kategori E. Dalam hal ini ini untuk menguasai sesuatu
pelajaran dalam apa bidang sekalipun kita kenalah mengulangkaji dan mendalaminya
maka lambat laun ia akan meningkat dan terus meningkat hingga kita masuk dalam
kategori A dimana kita memahaminya secara menyeluruh. Kalau kita pergi sekolah
atau kolej tapi hanya dengan kelulusan 50 markah atau dengan gred purata (CGPA)
2.0 maknanya kita tidak cukup mendalami ilmu dalam bidang yang kita ceburi itu.
Dalam hal ini kita perlu berusaha lebih gigih lagi untuk mendalaminya lebih
jauh lagi. Kita belum masuk dalam kategori tahu tahu.
Kita memberi alasan yang pelajaran itu susah, kita tak
dapat memahaminya, kita kata kita lembab, kita tak minat atau kita salahkan
cikgu yang tak pandai mengajar dan sebagainya TAPI kenapa ada kawan sekelas
kita yang dapat kelulusan A dalam matapelajaran itu? Adakah kerana mereka punya
3 otak? Pastinya tidak. Kalau kawan kita boleh dapat kelulusan A maka pastinya
kita juga boleh mendapatkan keputusan yang sama. Hakikatnya kita yang malas belajar
dan mengulangkaji.
Apapun pilihlah apa juga bidang yang anda minati dan
dalamilah ilmunya maka lambat laun dengan ilmu, pengalaman dan praktikal yang anda
jalankan akan menjadikan anda seorang yang hebat dan cemerlang. Apa yang
menjadikan anda luar biasa ialah bila anda boleh mencipta sesuatu yang baru
dengan ilmu yang ada dalam diri anda itu. Doktor yang luarbiasa ialah doktor
yang menemui penawar atau kaedah baru melawan penyakit, jurutera yang luarbiasa
ialah jurutera yang mencipta kaedah baru
yang lebih berkesan untuk membina bangunan contohnya. Begitulah seterusnya. Semua
ini masih dalam rangkuman menjadi khalifah di mukabumi untuk memakmurkannya.
Jom jadi tahu tahu dan janganlah buat tak tahu!
Ikhlas,
FY
Al Haj
0166667430
Sekiranya
anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share
post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang lain yang
dijodohkan dengannya.
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856