MOTIVASI PERCUMA - MASA HIDUP YANG
PENDEK
Surah al As.
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam
kerugian.
Agaknya
berapa lamakah kita akan hidup di muka bumi ini? Lebih 100 tahun? Mungkin tidak
kerana peratusan yang dapat hidup selama lebih dari 100 tahun itupun jumlahnya
begitu kecil. Kalau pun anda, kemungkinan besar kebanyakan kawan-kawan kita sudah
mati atau kitapun sudah terlalu uzur dan nyanyuk untuk buat apa-apa.
Kalau
kita mati ikut purata jangkamasa hayat ketika ini maka kita akan hidup lebih
kurang 70 tahun. Kalau kita mati ikut umur Nabi SAW pada umur 63 tahun maka kita
dapatlah bonus 7 tahun di hari tua. Bapa saya meninggal dunia pada umurnya 53
tahun kerana serangan jantung dan sekarang saya telahpun berumur 49 tahun maka
kalau ikut umur itu maka saya tinggal lagi 4 tahun sahaja lagi yang tinggal.
Mungkin atas sebab inilah saya menulis semua dengan harapan ia menjadi amal
jariah yang diredhai Allah Taala. Saya dah tak punya banyak masa.
Bagaimana
dengan anda? Agaknya berapa lama anda akan hidup di dunia ini?
Bayangkan sekiranya anda mempunyai masa sejam dan tiada apa yang hendak dibuat. Sekiranya anda termenung selama itu, masa akan tetap berjalan juga tanpa menunggu anda.
Dalam
hal ini masa makan, masa mandi, masa dalam perjalanan, masa bekerja, masa
bersekolah adalah masa yang terpaksa kita ambil sama ada kita suka atau tidak.
Tetapi kalau kita fikirkan sebenarnya banyak perkara yang dapat kita lakukan
dalam masa terpaksa ini dan banyak juga masa yang dapat kita jimatkan. Berapa
banyakkah masa yang diperlukan untuk mandi dan bersiap? Orang Barat dan orang-orang
Jepun jarang-jarang mandi. Berapa banyakkah masa yang kita ambil untuk
menyiapkan makanan dan makan. Orang Barat ada “Fast Food” yang cepat disiapkan.
Berapa banyakkah masa yang telah kita habiskan terbiar dalam trafik jem atau
dalam perjalanan?
Katalah
kita hidup setakat umur 60 tahun atau 21900 hari sebelum kita mati meninggalkan
dunia ini.
Maka
secara keseluruhannya pembahagian masa hidup secara tak langsung kita akan jadi
begini :
Purata tidur 8 jam
sehari = 8 jam / 24 jam
sehari X 60 tahun
= 20 tahun dihabiskan untuk tidur.
Maka tinggallah masa sedar sebanyak 40 tahun lagi. Masa untuk
menjalankan produktiviti. Kalau nak lebih masa sedar maka kita kenalah kurangkan
masa tidur. Kalau dilebihkan masa kurang masa kita untuk hidup. Anda boleh baca artikel mengenai masa tidur itu di sini.
Purata kerja /
belajar 8 jam sehari = 20 tahun
dihabiskan bekerja /
belajar.
40 tahun yang tinggal tolak masa sekolah, masa belajar hingga
ke Universiti dan masa kita mula bekerja hingga pencen maka dengan purata 8 jam
sehari maka 20 tahun kita habiskan untuk semua ini maka tinggallah lagi 20
tahun atau 7300 hari sahaja lagi yang tinggal.
Kemudian kena pulak tolak masa untuk makan minum, mandi,
buang air, bersiap dan sebagainya.
Purata masa makan (
makan pagi, tengahari, petang dan malam )
2 jam sehari = 2 jam / 24 jam X 60
tahun
= 5
tahun dihabiskan untuk makan.
Maka ditolak lagi 5 tahun maka tinggallah 15 tahun atau
5475 hari lagi masa kosong yang masih ada. Bukankah bila ditolak semua ini maka
masa kita yang ada semakin mengecil?
Mungkin kerana kesedaran ini orang Barat mencipta makanan
yang mudah dimasak dan mengambil masa yang singkat. Restoran “Fast Food” seperti Mc Donald’s, KFC,
Pizza dan lain-lain berada di mana-mana sahaja di negara mereka. Tidak seperti
orang kita yang mengambil masa yang lama untuk menyiapkan masakan hinggalah
tiba masa makan. Kalau masak lemak cili padi pun mengambil masa. Bayangkanlah
pula masa yang diambil untuk memasak lemang, dodol, ketupat dan sebagainya.
Kalau difikirkan kita berpeluang mengisikan masa ini
dengan membaca dan sebagainya. Mungkin ibubapa kita akan marah kalau kita makan
sambil membaca. Tetapi ini lebih mengingatkan saya akan petua orang-orang kita
yang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sebekas air dan air ini
kemudiannya diminum bagi tujuan menyembuhkan penyakit, penerang hati dan
sebagainya. Ada juga petua mereka yang mengatakan kalau ingin mudah menghafal
kita seharusnya membaca sambil makan atau minum kerana ia akan masuk dengan
makanan yang kita makan itu. Mungkin petua ini boleh digunakan setiap kali kita
makan dengan yang demikian kita tidaklah menggunakan masa tersebut semata-mata
untuk makan.
Purata masa diambil
dalam perjalanan ( naik bas, LRT, MRT, monorail, kereta, basikal, berjalan kaki
)
1 jam sehari = 1 jam / 24 jam X 60 tahun
= 2.5 tahun dihabiskan
untuk dalam perjalanan.
Kena tolak lagi 2.5 tahun maka tinggallah lagi 12.5 tahun atau
4562.5 hari masa hidup sedar yang masih kosong. 4500 hari bukanlah masa yang banyak
sebelum kita meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.
Ada
di kalangan rakan sepejabat saya yang selalu bertanya kenapa saya menunggang
motor ke pejabat sedangkan saya mempunyai kereta dan mengapakah saya memandu
macam lipas kudung? Maka inilah penerangan saya. Saya mengambil masa 15 minit
untuk sampai ke pejabat kalau dibandingkan dengan dia yang mengambil masa 1 jam
15 minit memandu kereta dari Shah Alam ke KL. Yelah mungkin dia tidak kena
hujan dan dapat menunjukkan prestij kerana mempunyai kereta, namun 2 jam yang
saya jimat pergi dan balik dapat saya gunakan untuk bersama anak-anak iaitu
sejam di sebelah pagi dan sejam lagi di sebelah petang atau saya boleh
menggunakan untuk produktiviti yang lainnya.
Apa
yang dapat kita buat terperangkap dalam “traffic
jam“ di dalam kereta? Kita tidak dapat membaca, bersama anak-anak dan
sebagainya. Paling kuat kita dapat berzikir, mendengar radio dan berhubungan
melalui telefon tak lebih dari itu. Perjalanan jauh itu juga akan memenatkan
dan menambahkan risiko kemalangan kerana jangkamasa kita yang lebih lama di
atas jalanraya. Kosnya juga jauh lebih tinggi.
Maka
beruntunglah mereka yang tinggal dekat dengan tempat kerja atau bekerja dari
rumah mahupun berniaga kerana mereka mempunyai lebih masa untuk menjalankan
produktiviti lain. Ada juga yang menaiki kenderaan awam tetapi menghabiskan
masa tersebut dengan sia-sia belaka dengan memerhatikan kerenah manusia setiap
hari. Orang Jepun menghabiskan masa membaca semasa dalam perjalanan ke mana
sahaja mereka pergi kerana mereka tahu dan sedar akan keutamaan masa ini.
12.5 tahun atau 4562 hari yang tinggal masih perlu ditolak
dengan masa mandi, buang air dan bersiap.
Purata masa mandi
dan bersiap ( mandi pagi, mandi petang dan bersiap )
1 jam sehari = 1 jam / 24 jam X 60
tahun
= 2.5
tahun dihabiskan untuk mandi
dan
bersiap.
Maka setelah ditolak 2.5 tahun lagi dengan 12.5 tahun masa
yang ada maka tinggallah lagi 10 tahun atau 3650 hari yang tinggal. Macamana?
Apa yang boleh kita buat dengan masa sebanyak itu? Sempatkah kita menjadi kaya
dan berjaya? Sempatkah kita menjadi seorang yang beriman dan beramal soleh? Sempatkah
kita buka perniagaan global atau adakah kita akan menjadi orang yang gagal?
Dahulu
nenek moyang kita mandi dan bersiap dengan kadar yang jauh lebih cepat. Kenapa?
Ini kerana pada masa itu “syampoo,
conditioner, facial wash” dan sebagainya belum lagi dicipta. Jadi mereka
mandi ala kadar sahaja. Bab bersiap pula mengambil masa yang lebih lama lebih-lebih
lagi bagi kaum perempuan. Kena pakai bedak, gincu, maskara, losyen muka, losyen
badan, minyak wangi dan entah apa-apa lagi. Itu belum lagi betulkan tudung.
Masa terbuang begitu sahaja.
Kalau
kita bandingkan dengan orang Barat, ramai yang bangun pagi terus bersiap ke tempat
kerja atau pejabat tanpa mandi. Mungkin mereka ingin menjimatkan masa tak?
Purata beramal 30 minit
sehari = 30 minit / 24 jam X 60 tahun
=1.25
tahun yang akan dibawa ke akhirat kelak.
Alamak 1.25 tahun atau 456 hari tahun sahaja yang dibawa
ke akhirat? Kalau ke karaoke, panggung wayang, tengok TV, main games, tengok HP,
sosial media dan majlis keramaian kita sanggup habiskan masa berjam-jam sehari
tapi kalau ke masjid tu kita macam cacing kepanasan sahaja. Solat Jumaat
contohnya datang dahlah lewat balik pulak punyalah cepat. Apalah salahnya datang
awal duduk lama sikit untuk mengaji, bentang sejadah, bersolat, berzikir dan
berdoa? Dahlah pergi masjid seminggu sekali. Datang pulak macam kilat sampai
malaikat pun tak sempat nak catat nama.
Anda perasan tak yang kalau kita jadi malaikat kita tak
perlu menghabiskan masa untuk semua ini selain ibadah kepada Allah? Malaikat tak
perlu pergi kerja, buang air, mandi, menunggu giliran di bank dan pejabat pos,
mereka tak perlu naik basikal dan kapalterbang kerana mereka boleh terbang
dengan begitu pantas!
Kesimpulannya ialah orang yang paling bijak ialah orang
yang ingat mati dan membuat persiapan untuk menghadapi kematian. Jadi artikel
ini ialah berkenaan dengan perkara ini. Ingatlah masa kita singgah di mukabumi
ini begitu pendek hanya beberapa hari sahaja jadi sebaiknya janganlah kita bazirkan
dengan perkara yang tak perlu dan tak penting. Kurangkan masa mandi, bersiap,
memasak, makan dan sebagainya supaya kita boleh buat perkara lain yang lebih
membina dan bernilai.
Sekian sahaja buat kali ini.
Jangan buang masa yer sebab masa kita sedang berdetik
meninggalkan kita dan setiap detik itu juga mendekatkan kita dengan kematian. Kalau tak boleh buat iaitu membantu dengan tangan dan kaki, kita gunakan lidah untuk bercakap atau menyampaikan, kalau tak bolah cakap, kita gunakan hati berzikir. sesungguhnya itu lebih baik.
Ikhlas,
FY
Al Haj
0166667430
Sekiranya
anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share
post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang lain yang
dijodohkan dengannya.
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
www.arenakartu.cc
100% Memuaskan ^-^