PEMBENTUKAN
ORANG DUNIA VS ORANG AKHIRAT
Pengisian blog ini melibatkan pengisian-pengisian tak
formal yang tak disampaikan dalam aliran akademik di negara ini. Ia sebenarnya
bertindak sebagai manual diri dan kalau dihayati, diselami dan dilaksanakan
boleh membawa kejayaan di dunia dan di akhirat, InshaAllah. Kali ini kita
bercerita tentang pembentukan orang dunia vs orang akhirat.
Pengisian Primary
Adalah pengisian mengenai sumber yang dikurniakan Allah
kepada kita sejak lahir. Pengisian mengenai kurniaan masa dan tenaga, anggota
dan pancaindera baik otak dan akal fikiran, mata dan penglihatan, telinga
dengan pendengaran, mulut dengan percakapan dan lain-lain nikmat yang Allah kurniakan
dengan objektif supaya semua kurniaan ini digunakan dengan cara yang cekap dan
effisien.
Pengisian
Secondary
Ialah pengisian bagi tujuan pembentukan jati diri. Pengisian
ini datang dari luar dalam pelbagai kategori baik akademik, sukan, kemahiran,
ugama, Ideologi dan lain-lain lagi bagi membentuk diri untuk jadi insan yang
baik, cemerlang dan gemilang. Menerapkan sifat dan sikap yang cemerlang untuk
menjadikan diri seorang yang luar biasa.
Perkara ini pernah saya terangkan dalam bab sebelum ini
dan anda boleh membacanya di sini.
Kombinasi kedua-dua sumber Primary dengan menggunakannya secara
effisien dan sumber Secondary dengan memasukkan sifat dan sikap yang cemerlang
dalam diri bakal membawa kejayaan kepada kita sebagai manusia. Kombinasi masa
dan tenaga yang digunakan untuk menimba ilmu, sifat yang positif ditambah pula
dengan dan sikap yang penuh dengan kegigihan tanpa mengenal putus asa pasti
akan membawa ganjaran yang baik. Sebaliknya kombinasi masa dan tenaga digunakan
dengan sia-sia dan tak berfaedah ditambah dengan sifat yang negatif serta sikap
malas dan hangat-hangat tahi ayam pasti akan hanya membawa kegagalan.
Dalam hal pengisian secondary ini pula andai anda seorang
yang beragama Islam maka ia boleh dipecahkan kepada samaada pengisian itu pengisian
keislaman yang berbentuk dakwah bagi tujuan membentuk akhlak, pengisian ilmu
dan amal ibadah dan sebagainya bagi persiapan menuju kehidupan selepas mati
iaitu alam akhirat.
Atau
Pengisian yang bersifat keduniaan. Pelajaran dalam pelbagai
bidang baik kedoktoran, kejuruteraan, teknikal, sejarah, geografi, matematik, sukan,
nilai moral, kemahiran atau apa sahaja yang yang diperlukan untuk menjayakan
kehidupan di dunia semata-mata.
Mungkin ilustrasi di bawah ini akan memberikan kefahaman
yang lebih baik lagi.
Memandangkan kita hidup dan dilahirkan ke dunia maka sejak
dahulu lagi pengisian akademik telah menjadi pengukur dan penentu kedudukan dan
kerjaya seseorang jadi ramai ibubapa yang begitu menekankan kepada anak-anak
mereka supaya belajar bersungguh-sungguh agar menjadi pelajar yang cemerlang
dan yang terbaik.
Kamudian kita bekerja, berniaga dan berusaha besungguh-sungguh
saban hari 24 jam sehari bertahun lamanya untuk berjaya, untuk punya rumah yang
besar, kereta mewah, isteri yang cantik dan sebagainya hingga adakalanya melanggar
hukum hakam, menipu, makan rasuah hanya untuk mengejar kejayaan di dunia ini.
Sekiranya seseorang begitu fokus kepada pengisian keduniaan
maka akhirnya ia akan menjadikan seseorang itu liberal dan punya pandangan yang
sekular keduniaan. Pandangan mata kasar, pandangan menggunakan logik akal mahupun
saintifik. Mereka akan menjadi orang dunia dan mengejar nikmat dunia semata.
Mereka ini saya namakan sebagai orang dunia.
Seterusnya sekiranya seseorang itu fokus kepada pengisian
ugama yang membawa kepada kepercayaan kepada perkara yang ghaib, kepercayaan
kepada para rasul dan malaikat, membawa mereka menjadi orang yang menurut
perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Menjadi orang yang berakhlak mulia,
menutup aurat, bersolat, berpuasa, berzakat, menjaga hubungan dengan manusia
dan dengan Allah Taala. Pandangan mereka menggunakan mata hati dan segalanya
yang dilakukan dengan harapan ia mendapat keredhaan Allah Taala. Mereka ini
saya namakan sebagai orang akhirat.
Apapun dalam diri kita, pengisian diri kita punya dua
serpihan ini iaitu pengisian dunia dan pengisian akhirat. Ia bersepah dan bercampur
aduk dalam diri kita dan sebenarnya perlukan huraian dan penyusunan semula.
Kalau ia lebih akhirat maka ia akan menjadikan kita lebih spiritual dan kalau
ia lebih dunia menjadikan kita lebih liberal. Mungkin gambar fasa penutupan aurat di atas menunjukkan tahap liberal menuju ke arah ke akhiratan.
Tunggu... Saya akan huraikan mengenai semua ini dalam
artikel yang akan datang. InshaAllah. Mengenali antara orang dunia dan orang
akhirat ini mungkin akan memberikan anda satu perspektif baru dalam kehidupan
dan InshaAllah membawa kepada kehidupan yang lebih bermakna.
Ikhlas,
FY
Al Haj
0166667430
Sekiranya
anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share
post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang lain yang
dijodohkan dengannya.
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856