Sebenarnya antara semua makhluk
dan kejadian yang ada di mukabumi ini, makhluk bernama manusia adalah makhluk
yang paling mulia kerana kita dikurniakan dengan akal fikiran. Bagitupun
kemuliaan itu hanya datang dengan keimanan kita kepada Allah Taala.
Tanpa akal fikiran manusia akan
dikenali sebagai makhluk yang sama pangkatnya binatang yang mengikut naluri
yang hanya tahu makan, minum, tidur, mencari tempat berlindung, seks dan
sebagainya. Oleh yang demikian, kedudukan makhluk manusia ini berada dalam darjat
yang tertinggi kalau dibandingkan dengan makhluk dan kejadian yang lainnya.
Makhluk manusia ini pula terdiri dari lelaki dan perempuan dan di sini juga
jelas kelihatan yang penciptaan makhluk lelaki lebih kuat kalau dibandingkan
dengan makhluk perempuan. Manusia dijadikan sebagai pemimpin atau khalifah di
mukabumi ini.
Masalahnya kita meletakkan makhluk
dan kejadian lain lebih tinggi dari kita. Mungkin inilah yang menyebabkan ada
makhluk manusia yang menjadi hamba kepada duit, kereta, arak, judi, gajet dan
sebagainya.
Pengisian ini sebenarnya sudah
cukup untuk memberikan kita satu perspektif baru yang mana membolehkan kita
berhenti menghisap rokok mahupun bergantung kepada makhluk dan kejadian yang
lainnya.
Maka amat perlu untuk kita meletakkan makhluk dan
kejadian ini di tempatnya masing-masing. Ini kerana kalau kita lihat antara
sebab permasalahan yang berlaku ialah bila kita meletakkan kedudukan makhluk
dan kejadian ini di tempat yang salah. Yang atas berada di bawah dan yang
sepatutnya berada dibawah kita letakkan di atas.
Sebagai lelaki yang mempunyai kedudukan makhluk
tinggi dan mulia maka kenapakah kita perlu membiarkan diri menjadi hamba kepada
isteri mahupun kekasih? Kenapa pula isteri yang menguasai dan mendominasi
kehidupan kita? Bukankah itu sudah tebalik dan lambat lan akan membawa kepada
permasalahan dan akhirnya penceraian. Seterusnya kenapa kita biarkan diri
menjadi hamba duit, rokok, gajet, motor, kereta, dadah, arak dan sebagainya?
Dalam ertikata lain makhluk dan kejadian lain berada di atas kepala kita dan
apa yang pasti ia akan lambat laun membawa masalah.
Cuba perhatikan gambarajah di bawah ini :
Di sini kita dapat lihat kedudukan manusia sebagai
makhluk yang paling mulia di mukabumi ini. Makhluk manusia yang mempunyai
darjat tertinggi dan paling mulia adalah Nabi Muhammad S.A.W. Kemudiannya Ibu
letaknya di atas bapa kepada anak-anak namun suami letaknya di atas kalau
dibandingkan dengan isteri, begitu juga lelaki letaknya di atas kalau
dibandingkan dengan perempuan menurut perspektif Islam. Dalam Islam juga ibu 3
kali lebih kuat dari bapanya kerana ibulah yang mengandung dan melahirkan kita
dengan penuh kesakitan dan kepayahan.
Hiraki kedudukan dimana sepatutnya kita berada ini
sebenarnya boleh menjelaskan pelbagai persoalan.
Suami isteri yang lama berkahhwin dan lambat
dikurniakan anak akan menjaga anaknya bagai menatang minyak yang penuh
hinggakan semua permintaan anak dipenuhi tanpa soal. Kononnya itulah cara
penjagaan anak yang terbaik. Begitu taksub kepada anak hinggakan hati, jasmani
dan rohani hanya ingat pada anak tersebut. Dari bangun pagi hingga tidur
kembali mata tak pernah lekang dari memerhatikan si anak setiap ketika. Meletakkan
gambar anak yang membesar dalam medai sosial sedang melakukan itu ini menjadi
satu kewajipan. Tidakkah mereka mengambil iktibar akan kisah Nabi Ibrahim AS yang
didenda kerana fokusnya yang lari dari Allah kepada anaknya bila baginda
dikurniakan anak setelah lebih 70 tahun berdoa?
Bukankah anak itu kurniaan Allah dan bukankah ingatan kepada Allahlah
yang tak sepatutnya lekang dari jasmani, rohani dan akal kita sebagai manusia
makhluk ciptaanNya?
Bukankah ini jelas yang mereka yang taksub kepada
makhluk dan kejadian yang setaraf dengan dirinya ataupun meletakkan kedudukan
makhluk dan kejadian itu di tempat yang salah bakal mengundang permasalahan.
Isteri yang lebih berkuasa daripada suami, suami yang curang dan bermain kayu
tiga dengan makhluk perempuan yang lainnya, orang yang bergantung pada kejadian
dadah dan arak, orang yang taksub kepada harta dan duit dan banyak lagi.
Semuanya ini sebenarnya mengundang permasalahan.
Mungkin juga inilah sebabnya
darjat manusia ini boleh berada dalam tahap yang tertinggi dan pada masa yang
lain boleh juga berada dalam tahap yang paling rendah hingga ke tahap binatang
mahupun ke tahap yang lebih teruk lagi. Menjadi perogol, pembunuh, pencuri,
penagih, penyumbang mahram dan sebagainya. Menurut perspektif Islam kemuliaan
seseorang itu terletak kepada ketakwaannya kepada Allah. Oleh yang demikian itu
untuk meningkatkan darjat sebagai manusia maka hendaklah kita meningkatkan
ketakwaan kita kepada Allah Taala.
Apa kata kita lihat dari sudut yang lain pula
tentang kemuliaan manusia sebagai makhluk. Hanya makhluk manusia yang
dikurniakan dengan akal fikiran dan dengan akal fikiran ini manusia boleh
melakukan pelbagai perkara dan boleh mencipta pelbagai benda. Kalau 40 tahun
dahulu hanya terdapat 500 barangan di pasaraya sekarang ia telah melebihi
50,000 jumlahnya. Malangnya makhluk dan kejadian lain selain manusia langsung
tak boleh berbuat demikian tetapi kita manusia menjunjung dan menyanjungnya.
Contohnya menjadi hamba rokok, arak, dadah, gajet
dan sebagainya sedangkan semua ini merupakan hasil tangan manusia. Manusia
menyanjung, memuja dan menghambakan diri kepada ciptaan tangannya sendiri dan
bukan kepada pencipta dirinya! Semua penciptaan ini sebenarnya langsung tak
boleh berbuat apa-apa kalau dibandingkan dengan manusia. Seorang lelaki yang
menjadikan filem porno sebagai tempat bergantung walhal filem itu merupakan
penciptaan yang tugasnya untuk menayangkan gambar lucah di monitor, pun begitu
tanpa digerakkan oleh manusia tiada apa yang dapat dilakukan oleh filem
tersebut. Ia tak boleh tercipta dengan sendirinya malah ia juga tak dapat
bergerak memasukkan diri ke dalam komputer, menayangkan gambar dengan
sendirinya dan sebagainya. Bukankah jelas akan kemuliaan manusia makhluk
bernama manusia ini.
Seorang remaja begitu ketagih kepada gajet,
menonton youtube, melayari internet, bermain games, mendengar muzik,
mengemaskini media sosial dan sebagainya berjam-jam lamanya hingga adakalanya
tertinggal waktu solat. Bila ibunya memanggil untuk membantu dengan kerja rumah
dia buat tak tahu. Gajet di tangan itu lebih penting dan lebih utama baginya
dan bukan ibunya. Walhal panggilan ibu itu lebih utama. Kalau gajet itu diambil
dari tangannya maka mengamuklah dia. Mereka tak boleh hidup tanpa gajet. Mereka
menjadi hamba gajet! Walhal sepatutnya terbalik, sepatutnya gajet itu yang
menjadi hamba manusia!
Seorang pemuda yang begitu taksub dengan motornya.
Menjadi hamba motor. Setiap hari mengilatkan motor, menambah pelbagai aksesori,
menukar cover set, membuka engin,
ride sana sini dan sebagainya. Kalau orang puji bangganya semacam, kalau
tercalar sedikitpun marahnya bukan kepalang! Kalau hilang kecewanya lebih teruk
mengalahkan orang yang putus cinta! Fokusnya kepada ciptaan yang tak boleh buat
apa-apa. Kalau tak ditunggang ia akan duduk situ tidak bergerak dan lama
kelamaan menjadi buruk dan rosak. Motor tu hamba kita sebenarnya tapi kenapa
kita pula yang menjadi hambanya?
Jadi pasti ada masalah yang akan berlaku sekiranya
seorang manusia tidak patuh kepada Penciptanya, seorang anak tidak taat kepada
kedua ibubapanya, seorang isteri yang tidak menghormati suaminya, seorang adik
yang kurang ajar dengan abang atau kakaknya, seorang murid yang tidak mendengar
arahan gurunya, seorang pekerja yang menipu majikannya dan sebagainya. Begitu
juga pasti ada masalah sekiranya manusia menjadi hamba kepada kekasih, rokok, seks,
dadah, judi dan arak, menjadi hamba kepada duit, kereta, motor, games,
rancangan TV dan gajet, menjadi hamba shopping, handbag, binatang peliharaan,
pokok dan make up, menjadi hamba kepada makhluk dan ciptaan yang rendah
kedudukannya dari diri kita sendiri. Mengetahui hakikat ini maka perbetulkanlah
kedudukan semua ini agar kehidupan kita menjadi lebih tenang, tersusun dan teratur.
Di akhir kata, kesimpulannya sangat jelas dan nyata
yang Allah Tuhan yang Agunglah yang patut berada di tempat yang paling atas dan
bukannya mana-mana makhluk dan kejadian. Jadi letakkanlah kedudukan kita dan
semua makhluk, kejadian dan ciptaan ini di tempat yang betul. Kalau tidak pasti
ia boleh membawa kepada permasalahan. Meletakkan makhluk di tempat Tuhan maka
syirik jadinya. Ramai ahli ulama yang berkata “ Iman itu seakan berjalan di
atas batas. Kadangkala kita akan tergelincir lantas jatuh namun hendaklah kita
kembali naik ke atas”. Dalam ertikata lain andaikata fokus adakalanya terpesong
dari Allah Taala dek kerana gangguan makhluk dan kejadian yang lainnya
sebaiknyalah kita sedar dan kembalikan tumpuan kepada Allah Taala yang satu.
Kisah kejadian
dan fungsi makhluk-makhluk ini akan FY huraikan dalam bab yang akan datang.
Ikhlas,
FY Al Haj
0166667430
Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY
harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat
kepada orang yang dijodohkan dengannya.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
www.arenakartu.cc
100% Memuaskan ^-^