RAHSIA PEMBENTUKAN
DIRI
Semenjak kecil kita diberikan pengisian oleh ibubapa,
guru, rakan taulan dan orang sekeliling agar membentuk sahsiah diri dengan
sifat-sifat dan sikap yang baik. Menjadi anak yang baik dan pelajar yang
cemerlang.
Anak-anak umpama sehelai hamparan kain yang putih bersih,
Maka terpulanglah kepada kedua ibubapanya untuk mencorakkan kain putih
tersebut. Ibubapa yang bijak dan beriman akan memberikan warna yang cantik lagi
seimbang, Ibubapa yang keduniaan akan menjadikan anak-anak itu bersifat
liberal, ibubapa yang tak peduli mungkin akan hanya mengotorkan anak-anak itu,
lebih teruk lagi ibubapa yang jahat akan meninggalkan kesan yang buruk kepada
mereka kerana tekanan fizikal dan mental yang mereka alami semasa kecil.
Datuk kita suruh bapa kita bekerja dalam kerajaan, bapa
kita suruh kita kerja bank, kita pula suruh anak kita ambil ijazah dan
begitulah seterusnya.
Datuk orang Cina pula menyuruh bapa mereka berniaga dan
membeli hartanah, bapanya pula menyuruh anak mereka membesarkan perniagaan dan
melabur, cucunya juga disuruh mengembangkan lagi perniagaan hingga tersenarai
di Bursa Malaysia dan sebagainya.
Macamana kita nak menang disebabkan oleh perbezaan
penerapan nilai diri ini?
Kemudian kita sering bertemu dengan pelbagai artikel,
pengisian, nasihat dan sebagainya yang menceritakan tentang pelbagai perkara.
Nasihat untuk berhenti merokok, perkongsian mengenai kebaikan mempunyai
keyakinan diri, bersifat positif, bersyukur, menghargai dan sebagainya.
Di kala yang lain pula kita pergi pula ke kem bina ihsan
dan di situ kita didedahkan pula dengan permainan, aktiviti dan sebagainya yang
kemudiannya fasilitator mendedahkan yang tujuan aktiviti itu ialah bagi tujuan
membentuk kerjasama berpasukan, saling mempercayai dan pelbagai sikap positif
yang lainnya.
Seterusnya bila belajar di universiti mahupun bekerja kita
diisi pula dengan input perniagaan, penjualan, pemasaran dan sebagainya
berdasarkan bidang yang kita ceburi.
Tetapi kita tak pernah diberitahu apakah kaedahnya?
Bagaimana untuk memasukkan semua sifat dan sikap baik ini ke dalam diri secara
objektif. Selalunya ia masuk dan menjadi prinsip diri kita TANPA KITA SENDIRI
SEDARI.
Contohnya, kita berkawan dengan kawan-kawan yang menghisap
rokok, lama kelamaan kita juga menghisap rokok, kita berkawan dengan kaki
lepak, lama kelamaan kita juga jadi kaki lepak, kita suka tidur lama kelamaan
kita jadi kaki tidur, kita suka menonton TV lama kelamaan kita ketagih dengan
TV, kita suka bermain gajet, lama kelamaan kita ketagih dengan gajet tersebut
dan begitulah seterusnya penerapan nilai diri ini berlaku tanpa kita sedari.
Anak saya suka berkawan dengan kawan-kawan yang suka
melawak dan bergurau. Apa yang terjadi ialah lama kelamaan dia menjadi seorang
yang mana therapy dirinya ialah untuk
melawak dan menonton rancangan-rancangan yang lawak. Kalau satu hari tak gelak
ketawa dan tak dapat injection lawak
tak sah. Penerapan nilai diri ini berlaku dalam dirnya tanpa dia sendiri
sedari.
Jadi di sini saya akan mendedahkan rahsia pembentukan diri
ini kepada anda. Sama ada anda sedar atau tidak semua sifat, sikap, perbuatan,
tindakan, sama ada anda berambut karat mahupun berpurdah, merokok mahupun
menghisap heroin, minum arak atau minum wine, kak lawak, kakai shopping, lembab
atau cemerlang, solat atau tidak, kaki seks dan segalanya adalah disebabkan
oleh satu proses yang akan saya huraikan sebentar ini.
Ketahuilah sesuatu nilai akan menjadi prinsip dan pegangan
diri bila ia melalui satu proses yang saya namakan Konsep 4P.
Konsep 4P itu ialah;
-
Pengisian
-
Pengulangan
-
Pengukuhan
-
Penerapan
|
|
|
Pengisian
|
Kenali rokok
|
Pengulangan
|
Ulang-ulang hisap rokok
|
Pengukuhan
|
Kawan cakap kalau tak merokok
tak macholah dll
|
Penerapan
|
Merokok menjadi tabiat diri
|
|
|
|
Pengisian
|
Ketahui pasal solat
|
Pengulangan
|
Ulang-ulang solat setiap masuk
waktu
|
Pengukuhan
|
Baca artikel mengenai ganjaran
solat dll
|
Penerapan
|
Solat menjadi prinsip diri
|
|
|
|
Pengisian
|
Mengetahui pasal kemaafan
|
Pengulangan
|
Ulang-ulang memaafkan setiap
kali berpeluang
|
Pengukuhan
|
Terdengar tazkirah kebaikan
memaafkan dll.
|
Penerapan
|
Sifat memaafkan dipupuk dalam
diri.
|
Melukis
|
|
Pengisian
|
Terdedah pada lukisan yang
diminati
|
Pengulangan
|
Ulang-ulang melukis di mana
sahaja
|
Pengukuhan
|
Mentor membantu
|
Penerapan
|
Kita menjadi pelukis
|
|
|
|
Pengisian
|
Diperkenalkan oleh seseorang
|
Pengulangan
|
Bermula kali pertama dan
berlatih
|
Pengukuhan
|
Jurulatih mengajar
|
Penerapan
|
Menjadi pandai memanah
|
Anda inginkan nilai apa lagi
dalam diri yang ingin dijadikan prinsip diri? Anda ingin punya prinsip
kehidupan yang luar biasa dalam diri?
Letakkanlah di tempat kosong di bawah
ini. Semua nilai yang ada di dunia ini dalam apa juga bidangnya inilah prosesnya.
Nilai pakai tudung? Perniagaan? Kerajinan? Keyakinan? Pemasaran? Menipu? Semua
boleh. Prosesnya sama sahaja.
Pengisian -
Pengulangan -
Pengukuhan -
Penerapan -
Saya harap artikel ini membuka minda
anda tentang semua pengisian, nasihat atau apapun juga ia dinamakan selama ini.
Pengisian dan pengukuhan sahaja belum cukup untuk menjadikan ia prinsip yang
terpupuk dalam diri. Ia perlu lalu proses 4P. Menurut orang tua-tua pengulangan
perlu dilakukan sebanyak 40 kali/hari berturut-turut sebelum ia menjadi program
diri.
Demikianlah tadi rahsia penerapan nilai
diri atau rahsia pembentukan dalam diri
anda. Prinsip yang telah ada dalam diri disebabkan oleh proses 4P ini dan untuk
memasukkan prinsip yang baru juga perlu melalui proses 4P ini malah untuk
mengeluarkannya kita juga perlu melalui proses yang sama. Anda boleh baca pengisian sikap dan sifat yang baik ada di sini.
Jadi cuba kenali apakah sifat buruk yang
telah bersarang dalam diri selama ini. Sifat yang telah melekat dalam diri
tanpa kita sedari. Merokok, mengumpat, pemalas dan sebagainya. Buangnya jauh-jauh
dengan konsep 4P ini dan kemudian masukkanlah sifat yang baik lagi luarbiasa
bagi menggantikan tempatnya! Learn
Unlearn and Relearn!
InshaAllah saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut
mengenai konsep 4P ini untuk pengetahuan umum dalam bab yang akan datang.
Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dulu, Terima kasih.
Ikhlas
Haji Faizal Yusup
www.mindaakhirat.com
Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.
www.bicarapelaburan.com
Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia.
Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment