PERJALANAN HIDUP MANUSIA
Dalam artikel kali ini saya ingin
menyampaikannya secara ringkas dari aspek susur galur atau kronologi perjalanan
kehidupan makhluk bernama manusia menurut perspektif Islam.
Kalau difikirkan kembali bagi
kebanyakan kita dengan pendidikan yang kita terima, pengisian kita banyak
berkisar pada hal-hal keduniaan dan kehidupan dan kita punya ilmu dan pengisian
yang sedikit dalam hal alam lain yang boleh memberi kebaikan kepada diri.
Sebagai contoh kita tak didedahkan dengan secara meluas kepada pengisian
keislaman seperti alam roh, alam rahim, alam barzakh, padang mahsyar, syurga
dan neraka. Walhal kalau difikirkan pada hakikatnya sepanjang kehidupan ini sepatutnya
digunakan sebagai persiapan menuju ke arah kematian.
Kronologi makhluk manusia :
ALAM ROH
Di alam roh ini makhluk manusia
belum lagi dipanggil manusia. Ia masih lagi dalam bentuk roh. Tak banyak yang
Allah sampaikan mengenai alam ini. Apapun Roh telahpun berjanji kepada Allah
untuk taat. Roh juga berumur sebaya. Yang membezakan ialah waktu roh itu
dimasukkan ke dalam rahim ibu yang mengandung pada zaman ini, zaman sebelum ini
mahupun zaman yang akan datang. Dalam ertikata lain setiap insan yang kita
temui sebenarnya sama baya dengan kita di alam roh cuma dengan kehendak Allah
Talla mereka dilahirlah terlebih dahulu di alam ini.
ALAM RAHIM
Roh yang dimasukkan telah
ditetapkan Allah akan amal, rezeki, ajal dan sebagainya sepanjang kehidupannya
di dunia. Alam yang dilalui tanpa sedar ini selama lebih kurang 9 bulan masa
dunia lamanya.
ALAM HIDUP DI DUNIA
Alam inilah kita dinamakan manusia
dan disini jugalah penentuan perjalanan kita yang seterusnya baik atau buruk.
Tidak seperti di alam yang sebelum ini dimana kita langsung tak boleh membuat
pilihan kerana Allah Taala telah memberikan ketetapan, hanya di alam ini pula
kita boleh membuat pilihan samaada untuk patuh kepada perintah Allah atau
sebaliknya.
ALAM BARZAKH
Kalau difikirkan di alam barzakh
atau alam kubur kita akan diazab namun begitu azab tersebut berdasarkan kepada 5 persoalan iaitu Siapa
Tuhan kamu? Siapa Nabi kamu? Mana kiblat kamu? Apa kitab kamu dan siapa saudara
kamu. Andai kita salah menjawab maka kita akan diazab oleh Malaikat Mungkar dan
Nakir sehinggalah hari Kiamat kelak.
PADANG MASHYAR
Padang Mashyar pula adalah tempat
yang mana semua manusia akan dibangkitkan semula selepas Kiamat untuk dihisab akan amalnya. Mereka yang
bersalah juga akan diazab selama berada di sini dan sesiapa yang baik amalnya
maka mereka akan dapat melaluinya dengan mudah.
TITIAN SIRAT
Kemudian titian sirat merupakan
titian yang akan dilalui menuju ke syurga dan dibawahnya neraka. Ada yang
merangkak ada yang jatuh ke bawah, ada yang merasakan yang titian itu luas dan
ada yang merasakan yang titian itu halus. Semuanya bergantung kepada amalan
masing-masing. Bagi yang berjaya mereka akan melepasinya begitu laju hingga
malaikatpun tak dapat menghalang mereka. Subhanallah.
SYURGA
Bagi yang ke syurga maka mereka
akan mendapat ganjaran atas kebaikan yang dilakukan di dunia sebaliknya mereka
yang masuk neraka bakal mendapat balasan atas kesalahan yang dilakukan itu.
Menurut riwayat syurga yang paling kecilpun besarnya 10 kali ganda lebih baik
dari dunia. Di sini tempatnya amat bersih. Suci dan murni tanpa kekotoran,
tiada najis, tak akan lapar dan dahaga. Kita boleh dapat apa sahaja yang kita
minta walaupun apa yang kita minta itu haram sifatnya semasa di dunia namun
tidak di sini. Di sini juga terdapat bidadari syurga yang sangat cantik yang
kita boleh bersama menurut kehendak diri.
Apapun untuk masuk ke syurga ia
terpulang kepada rahmat Allah Taala.
NERAKA
Inilah tempat akhir bagi syaitan
dan manusia-manusia yang engkar semasa hidupnya di dunia, orang Yahudi,
Nasrani, Musyrikin, Munafiqin dan yang lainnya. Orang kafir dan berhala-berhala
pula bakal menjadi bahan bakarnya.
Kalau kita lihat semua tempat yang
kita lalui itu kita langsung tak boleh membuat PILIHAN. Di alam roh kita tak
boleh buat pilihan nak masuk ke rahim yang ibu yang mana satu. Di alam rahim
sekali lagi kita tak boleh memilih untuk menjadi seorang Islam, melayu, orang
putih, hensem dan sebagainya. Kita tak punya pilihan samaada untuk lahir dalam
keluarga kaya di England dan menjadi orang putih atau menjadi anak presiden Amerika
contohnya.
Kita tak dapat membuat pilihan
samada kita bakal menjadi seorang lelaki, perempuan mahupun pondan. Saya
dilahirkan sebagai lelaki walhal saya tidak meminta untuk menjadi lelaki tetapi
memandangkan atas kehendak Allah saya reda menjadi lelaki dan apa yang boleh
saya lakukan hanyalah mengambil peranan tersebut.
Oleh itu wahai kaum perempuan
sekelian, bukanlah kami para lelaki memilih untuk menjadi lelaki. Kami menjadi
lelaki atas kehendak Allah Taala jadi tak perlulah anda mengejar untuk menjadi
setara dengan kami dengan alasan untuk keadilan, rasa tak puas hati dan
sebagainya. Adalah lebih baik anda redha dan seterusnya mengambil peranan
sebagai wanita baik sebagai anak yang patuh pada kedua ibu bapa, isteri yang
patuh pada suami, ibu yang memelihara anak-anak dan sebagainya.
Konflik jantina inilah yang
menyebabkan ada lelaki yang ingin menjadi wanita dan wanita ingin menjadi
lelaki. Kalau tidakpun wanita ingin mendapatkan hak yang sama dengan lelaki
namun demikian sedarilah yang ianya adalah hak mutlak Allah untuk menentukan
jantina seseorang itu. Kita cuma perlu mematuhinya.
Kita tak boleh pilih berapa lama
kita nak hidup di muka bumi ini. Bila tiba masanya kita akan mati. Kitapun tak
boleh pilih cara kita mati. Mati terbakar, mati kemalangan, mati dalam tidur
dan sebagainya. Agaknya kalau kita diberi pilihan maka semua manusia nak hidup
selama-lamanya!
Begitu jugalah bila kita menemui
alam kematian. Kita tak boleh pilih nak kubur yang besar mahupun kecil, berhawa
dingin atau tidak. Selepas dari itu juga kita tak lagi punya pilihan samada
untuk ke neraka atau ke syurga.
Pilihan yang ada hanyalah semasa
kita berada di alam dunia. Kita boleh pilih kita nak jadi apa. Kita boleh pilih
apakah pengisian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ingin kita masukkan ke
dalam diri. Kita boleh pilih untuk menjadi insan yang bersifat ehsan. Pun
begitu kenapa mesti kita buat pilihan yang salah? Kita memilih untuk menjadi
orang yang mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan. Kita memilih untuk menjadi
kaki mabuk, kaki judi, kaki seks dan sebagainya. Kita memilih untuk menjadi
penipu, kedekut, kaki fitnah, makan rasuah, angkuh, sombong, pendengki dan
lain-lain lagi. Di satu-satunya tempat dalam fasa kehidupan dimana kita diberi pilihan
malangnya kita memilih pilihan yang salah.
FASA
|
TAK BOLEH PILIH
|
BOLEH PILIH
|
Alam Roh
|
X
|
|
Alam Rahim
|
X
|
|
Alam Dunia
|
|
X
|
Alam Barzakh / Kubur
|
X
|
|
Alam Akhirat
|
X
|
|
Syurga Neraka
|
X
|
|
Kesimpulannya mudah. Kehidupan
seseorang manusia itu sebenarnya ialah untuk dia membuat pilihan yang baik demi
sebuah kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak. Pilihan yang baik bakal yang
menjurus kepada persiapan diri demi menuju sebuah kematian dan ingatlah kita
semua sebenarnya sedang berada dalam sebuah perjalanan yang masih panjang.
Perjalanan ini akan diteruskan bila kita mati kelak di alam Barzakh dan seterusnya
ke alam akhirat dimana kita akan hidup selama-lamanya.
Apapun pilihan di tangan anda.
Janganlah sibuk nak buat pilihan di tempat dimana kita tak boleh buat pilihan
sedangkan bila berpeluang membuat pilihan kita membuat pilihan yang salah!
Ikhlas,
FY Al Haj
0166667430
Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY
harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat
kepada orang yang dijodohkan dengannya.
No comments:
Post a Comment