Nak jadi kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat?
Betulkan dalaman dahulu, InsyaAllah luaran akan menyusul.
FORMULA RAHSIA MENJEMPUT REZEKI FY - KONSEP DUPLIKASI
Dalam kehidupan ini kita sering bertemu dengan orang kaya
dan berjaya tak kiralah apa bangsa sekalipun. Kita nampak mereka merupakan
pangarah syarikat, CEO, mereka punya perniagaan yang besar, harta yang banyak,
rumah agam yang serba mewah, kereta yang canggih dan terkini dan sebagainya.
Kalaupun kita tak bertemu dengan mereka secara 4 mata tetapi kita ada terbaca
mengenai mereka. Banyak penulisan autibiografi tentang kejayaan mereka
dipaparkan di sana sini. Kejayaan Syed Mokhtar Al Bukhari contohnya, kejayaan
Tony Fernandes dengan Air Asianya, kejayaan Bill Gates, si OKU Mr Lee Thaim Wah
yang belajar setakat darjah 6 dan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris tetapi
berjaya menjadi jutawan memiliki francais Speedmart 99, Datuk Seri Vida Qu
Puteh atau siapapun juga sebenarnya boleh kita pelajari dari mereka.
Ceritanya di sini dalam hal ini ialah untuk kita belajar
dan tiru model mereka. Tiru formula kejayaan mereka. Bagaimana sifat dan tingkahlaku
mereka, apakah prinsip yang mereka pegang, apakah yang mereka lakukan saban
hari, dengan siapakah mereka berkawan, bagaimanakah model perniagaan mereka dan
sekiranya mereka beragama Islam apakah amalah ibadah yang mereka lakukan dan
sebagainya. Semua ini perlu kita kaji dan teladani andai kita mahu menjadi
orang yang berjaya sepertimana mereka.
Mungkin anda akan berkata yang contoh ikon yang FY nyatakan
tadi terlalu besar dan terlalu tinggi untuk dicapai. Baiklah apa kata anda perhatikan
di sekeliling anda. FY pasti ada orang yang berjaya di situ. Mereka mungkin bos
anda, kawan anda, bapa saudara anda, sepupu anda atau lebih dekat lagi mereka
mungkin bapa anda atau adik beradik anda! Bukankah lagi dekat lagi mudah untuk
kita mendalami mereka, mengetahui dan memahami akan model kejayaan yang mereka
pegang. Kalau kita bermerah mata dan beriri hati melihat kejayaan mereka maka
tak ada apalah yang akan dapat kita belajar. Malah kalau kita take for granted kehadiran mereka
samalah juga hasilnya. Bukanlah lebih baik kita buka mata hati dan bertanya akan
apakah rahsia kejayaan mereka! FY yakin mereka akan rasa bangga dan akan
membantu anda dengan menjawab semua soalan-soalan anda itu secara jujur dan
ikhlas.
Sebenarnya kalau kita buat analisa secara individu, kita
akan dapati yang kesemua mereka akan punya sifat, sikap dan prinsip diri yang
lebih kurang sama, yang tak sama mungkin bidang perniagaan yang mereka
jalankan. Mereka merupakan orang yang gigih berusaha tidak pernah kenal putus
asa. Kegagalan tidak menghalang mereka malah mereka menjadikan kegagalan
sebagai satu motivasi untuk meneruskan usaha. Mereka menyelesaikan masalah
ramai orang dengan perniagaan yang mereka jalankan atau dalam ertikata lain
mereka membawa manfaat kepada yang ramai. Mereka tidak membuang masa malah tahu
membahagikan masa secara optimum, mereka bersifat terbuka, mempunyai pelbagai
ilmu pentadbiran perniagaan dan sebagainya. Semua sifat positif inilah yang
membawa kejayaan kepada mereka.
Bagaimana pula dengan kita? Bukankah kita tak punya
kebanyakan dari prinsip yang ada pada mereka? Kita nak kaya dan berjaya tapi
kita duduk tak buat apa-apa. Kita bercakap tentang impian menjadi kaya tapi
kita tak berusaha ke arah itu. Kita kuat melepak dan bersantai, kita rasa cukup
apa yang kita ada. Kita mudah putus asa. Kita mengalah sebelum berjuang. Kita
tidak mencari ilmu. Kita beri sejuta alasan kenapa kita akan gagal dan
sebagainya dan kita tak mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan. Itulah
perbezaan antara orang berjaya dengan orang yang gagal. Anda ingin berjaya? Saranan
FY duplikasilah orang yang berjaya, tukarkan nilai dan prinsip negatif yang ada
dalam diri kita itu kepada yang positif sepertimana yang ada dalam diri orang
yang berjaya.
Kalau dalam perniagaan, konsep duplikasi ini boleh kita lihat
dapat diaplikasikan dalam perniagaan Francais. Bukankah perniagaan francias
mengunakan konsep yang FY nyatakan ini? Secret Recipe, Starbucks, Mc Donald’s,
Shell dan sebagainya semuanya menggunakan konsep francais ini. Kalau kita masuk
mana-mana restoran Mc Donald’s di dunia ni kurang lebih kita ada jumpa
elemen-elemen yang sama. Hidangan makanan dan minuman yang sama, persekitaran
dan peraturan yang sama. Pakaian dan layanan pekerja yang sama dan sebagainya. Yang
berbeza cuma lokasinya. Inilah rahsia resepi kejayaan perniagaan Francais ini.
Satu tip perniagaan. Cuba lihat di daerah tempat anda
tinggal. Manakah restoran yang paling maju di kawasan anda? Kalau ada katalah
sebuah restoran nasi kandar yang hanya dibuka dari pukul 11 hingga pukul 4
sahaja dan bila dibuka orang yang beratur punyalah panjang, maka FY rasa ini adalah
model perniagaan yang boleh dipertimbangkan. Kita cuma perlu tiru model mereka
atau minta francais dari mereka cumanya kita perlu buka di lokasi yang lain,
InsyaAllah FY yakin sepertimana kejayaan sistem Francais tu, kita juga akan
berjaya kalau kena gayanya, kalau betul cara pengurusan dan pentadbirannya.
Oleh yang demikian, walau kita berada dalam apa juga bidang
sekalipun, maka cuba lihat siapakah yang kaya dan berjaya dalam bidang yang
kita ceburi itu. Kemudian kita belajar dan kita tiru cara mereka. Sepertimana
kejayaan model sistem francais yang
telah FY terangkan tadi maka FY yakin duplikasi yang kita lakukan terhadap
individu yang berjaya juga boleh membawa hasil yang lebih kurang sama juga.
Kalau dalam bidang yang kita cebur itu pula tak ada
sesiapa yang boleh dijadikan ikon, tiada siapa yang boleh kita rujuk, mungkin
tiba masanya untuk kita beralih arah dan tukar bidang kerjaya yang kita lakukan
selama ini.
Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dulu, Terima kasih.
Ikhlas
Haji Faizal Yusup
www.mindaakhirat.com
Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.
Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. www.melabursaham.com
Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment