KEBERKATAN REZEKI
Kalau
kita lihat sepanjang kehidupan, kita nampak yang orang kafir, orang jahat juga
ramai yang kaya. Saya bukan ustaz jadi saya tak tahu apakah yang definasi yang
boleh saya berikan untk orang sebegini. Apapun di sini dalam bab ini saya ingin
menghuraikan perbezaan diantara orang Islam dan bukan Islam dalam aspek ini.
Kita
punya usaha yang dan matlamat yang sama dalam pencarian rezeki lebih-lebih duit
hingga ada yang memberikan definasi DUIT sebagai Doa, Usaha, Istiqomah dan
Tawakkal. Bolehlah dikatakan betul namun demikian saya rasa susunannya ialah
Usaha, Istiqomah, Doa dan Tawakkal. Maknanya di sini, kita jalankan usaha dengan
gigih, Istiqomah atau berterusan. Setalah itu kita berdoa dan akhir sekali
bertawakal dengan melepaskan segalanya kepada Allah Taala. Melakukan semua
aspek inilah yang bakal membawa keberkatan kepada rezeki yang bakal kita terima
itu.
Inilah
kunci perbezaannya. Bagi yang tidak mengikut ajaran Islam ini maka mereka akan
berusaha gigih siang dan malam untuk mencari duit. Objektif yang mereka
fikirkan hanyalah duit, untuk menjadi jutawan dan sebagainya. Orang seperti ini
ada segelintirnya yang sanggup melanggar hukum hakam asalkan objektif menjadi
kaya tercapai. Menipu, mengambil rasuah, menjalankan kerja-kerja yang makruh
dan haram semuanya boleh sahaja asalkan duit masuk ke dalam poket. Kata mereka
Cash is King!
Bangun
tidur pagi, duit dalam fikirannya, pergi kerja balik kerja, sambung pula buat
kerja sampingan di sebelah malamnya pula duit juga yang dalam fikirannya.
Akhirnya tidur tak cukup, kesihatan terganggu, perhubungan terjejas
memandangkan kesempitan masa untuk berhubungan dan bersilaturrahim dan
sebagainya.
Apa
yang ada dalam kiraan mereka ialah usaha yang gigih dan berterusan tanpa
mengira masa akan menjadikan mereka kaya dan berjaya namun demikian doa tak
tawakkal atau penyerahan diri kepada Allah Taala langsung ke laut. Pada saya
inilah yang akan membawa kepada ketidakberkatan dalam rezeki yang kita terima
itu. Antara ciri rezeki yang berkat ialah walaupun rezeki itu sedikit tetapi ia
mencukupi dan memadai dibandingkan dengan rezeki yang banyak tetapi tidak
pernah mencukupi. Ada sahaja permasalahan yang berlaku dari segala sudut yang
membawa kepada kecelaruan di jiwa.
Jadi
dalam hal ini, seorang Islam mesti memasukkan prinsip Doa dan Tawakkal ke dalam
formula pencarian rezeki semoga dengan itu ia akan membawa kepada keberkatan
dalam rezeki yang kita terima lantas membawa kebaikan yang berpanjangan di
dunia mahupun di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment