FORMULA RAHSIA MENJEMPUT REZEKI FY – BERSEDEKAH DAN BERSIFAT PEMURAH
Tip kali ini pula ialah berkenaan dengan bersedekah dan bersifat pemurah
dam engungkai rahsia menjemput rezeki.
Sedekah adalah satu proses yang berlaku buat jangkamasa yang lama. Kebiasaan
memberi yang diterapkan oleh ibu bapa akan menyebabkan si anak mudah untuk
memberi iaitu bersedekah kepada mereka yang memerlukannya. Lama kelamaan si
anak akan menjadikannya sebagai satu tabiat dan menjadikan dirinya seorang yang
pemurah. Kalau ada sedikit maka sedikitlah yang kita sedekahkan dan bila dah
ada banyak semakin banyaklah yang boleh disedekahkan. Sekali lagi FY tegaskan
yang ianya merupakan satu proses yang panjang. Ia perlu dimulakan dan
diulang-ulang berkali-kali hingga ia menjadi prinsip yang terbentuk dalam diri.
Sifat ini tiada pada semua orang kerana ada orang yang begitu berkira.
Setiap sen yang dibelanjakan dikira hingga ke sen yang terakhir. Prinsip
menjadi kaya dengan sifat kedekut adalah satu prinsip yang walaupun logik di pada
mata kasar tapi hakikatnya ia tidak dari sudut Islam mahupun kepada mereka yang
memahami. Bagi saya kedekut bukanlah sifat yang baik bagi tujuan melimpahkan
rezeki.
Ada yang berkata “nanti bila aku dah kaya aku sedekahlah” dan ada pula yang
takut untuk mengeluarkan sedekah kerana takut miskin.
Dalam konsep bersedekah ini, sedekahlah kepada yang dekat barulah kepada
yang jauh. Bersedekah kepada keluarga dan saham saudara adalah lebih baik kerana
kita akan mendapat dua pahala. Satu pahala sedekah dan satu lagi pahala
mengeratkan silaturrahim. Kemudian janganlah sibuk untuk bersedekah ke kamboja
dan palestin sedangkan kita tahu ada orang miskin di belakang rumah kita.
Kalau hendak bersedekah, kaedah berikut ini boleh digunapakai;
Gajah berilah lembu, lembu berilah kambing, kambing bagi ayam, ayam bagi
belalang, belalang bagi semut. Inilah yang wajar.
Gajah yang berdiri di sebelah belalang, dia menggelakkan belalang yang bagi
semut. Dia berlagaklah sebab dia bagi lembu yang besar. Ini riak namanya.
Yang jadi tak wajar ialah bila gajah beri semut. Ini kedekut namanya dan
kalau kambing bagi gajah ini riak dan membawa mudarat namanya.
Ada diantara kita yang mempunyai sikap ingin membantu semua orang yang
hadir dalam hidup mereka tetapi tidak menitikberatkan pada diri sendiri.
Membantu hingga memudaratkan diri kita sendiri.
Ingin menjadi lilin yang membakar diri menerangkan hidup orang lain. Mereka
yang seperti ini adakalanya berada dalam keadaan tertekan tetapi terus-terusan
membantu apa yang menjadi masalah ialah setiap bantuan dan senyuman itu
akhirnya menjadi tidak ikhlas.
Meraka akan berkata “ Kenapalah orang tak faham saya? Saya tolong semua
orang tapi orang tak pernah faham apatah lagi menolong saya?”.
Buat baik berpada-pada, jangan cuba menjadi juara kepada masalah orang lain
sekiranya kita sendiri belum menjadi juara.
Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dulu, Terima kasih.
Ikhlas
Haji Faizal Yusup
www.mindaakhirat.com
Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.
Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia. www.melabursaham.com
Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment