KENAPA BERCERAI?
FY tak nak hurai panjang-panjang. Cerita itu ini begitu begini. Sebabnya mudah saja.
Seorang minda akhirat.
Pasangannya minda dunia.
Bila suka tidak terlalu suka dan bila duka tidak terlalu duka. Tenang sahaja. Tidak dramatik.
Punya sifat dan sikap Mahmudah iaitu sifat dan sikap yang baik. Akhlak mulia. Islamik. Kaki masjid
Kejar akhirat
Takut buat dosa
Tak kejar harta dan duit
Menutup Aib
Bercakap benar
Rendah hati
Baik
Ikhlas
Lurus
Ditindas
Bersangka baik
Ehsan
Prihatin
Pemurah
Bertoleransi
Memaafkan
Reda
Dan lain-lain akhlak yang baik.
Bila suka terlalu suka dan bila duka terlalu duka. Dramatik. Moral nampak baik. Sekular.
Punya sifat dan sikap Mazmumah iaitu sifat dan sikap yang buruk. Kaki Clubbing
Selamba buat dosa
Kejar dunia
Kejar harta dan duit
Membuka Aib.
Menipu dan memfitnah
Mengadu domba
Jahat
Menindas
Hipokrit
Bersangka buruk
Kedekut dan berkira
Pentingkan diri sendiri
Berdendam
Tamak
dan lain-lain perangai buruk yang lain.
Perselisihan dan perbalahan ini berlaku kerana pegangan nilai dan prinsip yang tak sama antara dua pasangan tersebut. Ini tak berlaku kepada pasangan yang kedua-duanya berminda akhirat kerana mereka punya prinsip pegangan yang sama.
Masa depan?
Minda akhirat akan menang kerana Allah SWT akan bersama mereka. Minda dunia hidupnya akan tunggang langgang sebab Allah SWT akan balas semua kejahatan yang telah dilakukan kalau tak di dunia di akhirat kelak.
Dahlah bawak-bawaklah insaf. Kembalilah ke pangkal jalan.
Maaf kalau terasa. Kebenaran itu pahit. FY tak berniat nak singgung sesiapa.
Jom kita sambung penceritaan dan bab yang akan datang. Kongsikan blog ini andai ia bermanfaat. Sesungguhnya yang baik dari Allah SWT dan yang kurang baik adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
Sekian dulu, Terima kasih.
Ikhlas
Haji Faizal Yusup
www.mindaakhirat.com
Haji Faizal Yusup sudah menulis 12 buah buku dalam genre umum, fiksyen, motivasi, novel dan pelaburan saham Bursa Malaysia. Pernah memenangi Dana Anugerah Penulis melalui novel Bukan Maksum dan Trilogi Man Rempit pada tahun 2012 dari Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia. Pernah dijemput untuk menjalankan seminar, bengkel dan woksyop motivasi di sekolah dan universiti. Dewasa ini menubuhkan Yayasan Minda Akhirat dan menjalankan program motivasi Minda Akhirat. Revolusi Baru Sahsiah Diri.
Beliau juga merupakan seorang Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad. Pemenang pelbagai Anugerah Bursa Malaysia. Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dan pernah menjadi speaker dalam RoadShow InvestSmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Dewasa ini beliau sering dijemput sebagai sepeaker dalam seminar saham From Zero to Hero yang diiktiraf Bursa Malaysia.
Beliau boleh dihubungi di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment