IKTIBAR DARI BERNAFAS
Dalam iktibar ini
cuba anda menarik nafas dalam-dalam. Tahan beberapa saat dan kemudian
lepaskannya. Cuba ulanginya beberapa kali.
Soalannya ialah
diantara tiga perbuatan ini iaitu menarik nafas, menahan nafas dan melepaskan
nafas, yang manakah yang paling baik dan melegakan?
Saya pasti
melepaskan nafas akan lebih melegakan kalau di bandingkan dengan menarik
mahupun menahan nafas. Dari sini dari segi fitrahnya apakah iktibar yang boleh
kita dapatinya darinya.
Iktibarnya ialah memberi
atau melepaskan itu adalah lebih membawa kelegaan kalau dibandingkan dengan
menerima, mengambil, mencuri dan menyimpan.
Acapkali kita suka mengambil
dan begitu suka untuk menerima hadiah dari orang lain walhal dalam Islam
memberi itu adalah lebih baik dari menerima. Tangan yang di atas adalah lebih mulia
dari tangan yang di bawah. Ada juga yang suka menyimpan duit dan harta dan begitu
gembira untuk melihat hartanya itu bertokok tambah dan begitu bangga bila melihat
begitu banyak angka kosong dalam dalam akaun simpanan banknya. Dalam hal ini
sebenarnya sebaiknya harta ini diletakkan di tangan dan bukan di hati. Andai ia
diletakkan di hati maka ia akan menjadi begitu ketat untuk dilepaskan dan
sebaliknya andai ia dletakkan di tangan
maka ia begitu mudah untuk dibelanjakan. Bersedekah kerana Allah Taala adalah
satu ibadah dan Allah Taala menjanjikan pulangan yang berlipat kali ganda.
Jadi dalam hal ini
ada yang merasakan antara dua sifat pilihan iaitu antara kedekut dan pemurah
maka mereka memilih kedekut kerana secara logiknya bersifat kedekut akan membolehkan
kita mengumpul harta yang banyak.
Namun hakikatnya
itu tidak benar, kalaupun ia logik dari pandangan manusia namun dari segi
fitrah tiada siapa yang suka yang suka kepada orang yang kedekut. Malah kalau
saya tanya anda samaada anda suka kepada orang yang kedekut atau yang pemurah
maka saya cukup yakin anda akan menjawab anda suka kepada orang yang pemurah,
kenapa begitu? Kerana inilah pilihan fitrah mana-mana manusia sekalipun. Jadi janganlah
jadi orang yang kedekut. Buang sifat kedekut itu dan gantikan dengan sifat
pemurah, sifat memberi sepertimana iktibar yang kita dapat dari topik bernafas
ini.
https://motivasiku.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment