Salam ceria di hujung minggu. Semoga anda semua bahagia
disamping keluarga yang tercinta.
Semalam FY bertemu dengan Suzana Ghazali seorang peguam
syarie dan perunding motivasi kekeluargaan yang terkenal di negara ini. Tujuan
FY ialah untuk menjalankan kerjasama dengan beliau baik dalam menjalankan
seminar motivasi diri, pasangan, kekeluargaan mahupun kewangan. Alhamdulillah pertemuan
itu membuahkan hasil dan beliau bersetuju untuk menjadi associate kepada
Advance Forward Training and Consultants syarikat yang menjalankan Seminar Saham
Super Investor untuk para pelabur.
InsyaAllah kombinasi antara FY dengan Suzana Ghazali ini
boleh membawa kebaikan yang banyak kepada ummah.
Mungkin anda mengenali FY sebagai seorang ahli dalam
bidang saham namun ketahuilah FY juga sebenarnya seorang yang lebih ahli dalam
bidang motivasi dan kaunseling. Sehingga kini FY telah menulis 4 buah buku
motivasi yang diterbitkan oleh Utusan Publications juga Alaf 21. Percayalah
andai anda berpeluang untuk menyertai seminar motivasi yang dikendalikan FY
anda akan terkejut dan balik dari seminar sebagai seorang yang melihat dunia
dan kehidupan dalam horizon yang baru dan InsyaAllah seterusnya ia akan membawa
kepada kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan anda. Tak percaya? Datanglah!
InsyaAllah kami akan cuba untuk menjalankan satu seminar
motivasi bersama tak lama lagi.
Apapun Bagi yang tidak mengenali Suzana Ghazali, berikut
adalah biodata beliau ;
Suzana Ghazali
Associate
Advance Forward Training and Consultants
·
Perunding Psikologi
Keluarga dan Guaman Syarie
·
Kolumnis tetap
Resipi Hidup Mingguan Wanita, Dilema Perkahwinan Pa&Ma dan Cermin Diri
Kosmo!
·
Aktif memberikan
ceramah dan kursus berkaitan
·
Panel jemputan di
RTM, Media Prima dan Astro
·
Berpengalaman mengendalikan
kes-kes rumahtangga sejak 1998
Anda juga boleh mengunjungi blog kendalian beliau di ;
Sebagai penutup kepada artikel ini, sudikah anda menghadiri
seminar motivasi kami, seminar untuk diri, pasangan dan keluarga yang bahagia?
Sekian dulu. FY mengundur diri.
PS –
FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian
pelaburan. Ia sangat baik untuk beginner dalam pelaburan saham ini. InsyaAllah
ia akan dijalankan pada 20 Oktober 2012 nanti. Kepada yang berminat sila layari
;
No comments:
Post a Comment