Thursday, January 31, 2019

MOTIVASI PERCUMA - TAHU KE TAK TAHU?


Image result for i dont know

TAHU KE TAK TAHU

Apa yang masuk ke dalam diri itulah yang keluar. Kalau yang masuk rancangan TV, kisah artis dan hal ehwal semasa maka itulah juga yang bakal keluar. Kalau masuk hari-hari perihal kerja maka yang keluarpun hari-hari kisah di tempat kerja. Takkanlah itu sahaja cerita kita sepanjang masa sampai hari kita mati?

Baiklah dalam aritkel ini apa kata kita selidiki sedikit sebanyak mengenai input atau pengisian yang masuk ke dalam diri kita itu. Pengisian atau input terbahagi kepada empat bahagian iaitu ;

TAK SEDAR
- Tak tahu tak tahu
- Tak tahu tahu
SEDAR
- Tahu tak tahu
- Tahu tahu

Kita tahu yang kita tahu dan kita tahu yang kita tak tahu berada dalam rangkuman minda kita yang sedar. Persoalan ini menunjukkan yang kita berada dalam rangkuman yang kita sudah tahu sedangkan aspek kita tak tahu yang kita tahu dan tak tahu yang kita tak tahu pula berada dalam rangkuman minda tidak sedar.

Proses ini bermula dari langsung tak tahu kemudiannya dengan pengisian, pengalaman, pendedahan, penyelidikan, penelitian, pembelajaran, penerimaan dan sebagainya kita menjadi tahu.

Image result for flat earth

Kalau zaman dahulu manusia menyangkakan yang bumi ini berbentuk empat segi dan mendatar hinggalah dibuktikan oleh para saintis yang ia sebenarnya berbentuk sfera. Kalau dahulu manusia menyangkakan tiada apa yang terdapat dalam air yang jernih hinggalah penciptaan mikroskop yang menyebabkan manusia tahu yang terdapat banyak mikroorganisme di dalamnya. Hakikatnya tahukah anda sebelum saintis dapat mengetahui semua ini melalui kajian saintifik dalam tahun-tahun kebelakangan ini, 1400 tahun dahulu ia telah diterangkan melalui wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan dipaparkan dalam Al Quran. Kebenaran yang kemudiannya disahkan oleh kajian sains mengenai alam semesta.

Image result for microorganisms

Pengetahuan mengenai bumi ini terus-terusan berkembang hingga manusia mendapati yang mereka sebenarnya hidup dalam bumi yang begitu kecil di dalam cekerawala dibandingkan dengan planet-planet lain di alam semesta ini seperti yang telah diterangkan dalam Al Quran. Begitu jugalah pengetahuan mengenai air yang mana para saintis mendapati ia terbentuk dari kristal-kristal berbentuk segienam atau heksagon. Sekiranya kita berkata perkara yang baik atau berdoa kepada air tersebut maka bentuk kristal ini menjadi lebih cantik dan sebaliknya kalau kita mencarut mengkeji heksegon itu akan pecah dan rosak. Kemudian mereka juga mendapati air zam-zam punya kandungan mineral yang paling baik dan bentuk kristal yang paling cantik.

Image result for zam zam water molecule 
Manusia akan terus-terusan mengkaji dan apakah penemuan yang seterusnya tidaklah saya ketahui tetapi bagi kebanyakan kita, kita tak perlu jadi saintis untuk menjalankan penyelidikan bertahun-tahun bagi mendapatkan sesuatu fakta untuk disampaikan kepada umum mahupun menjadi pencipta kepada sesuatu teknologi yang baru. Umumnya kita hanya perlu belajar dan meluaskan ilmu pengetahuan dengan pengisian dan maklumat yang telah sedia ada.

Sebagai satu contoh yang lain pula, ada orang yang tak tahu dia tak punya sikap menghargai. Dia tahu apa maksud perkataan menghargai tetapi hakikatnya dia tak tahu yang dia tak tahu menghargai. Orang sebegini umpama peribahasa melayu yang berbunyi melepaskan anjing tersepit. Sudah dilepaskan ia menggigit pula orang yang menolongnya. Orang sebegini mahu dihargai sekiranya dia melakukan kebaikan tetapi tak tahu menghargai orang melakukan kebaikan padanya. Hinggalah pada satu hari terjadi sesuatu yang akhirnya menyedarkannya akan perihal ini. Ramai yang tahu sifat pemurah itu baik namun dari segi perbuatan sikapnya kedekut. Tahu sahaja tak cukup kalau kita tak menghayati dan melaksanakannya.

“Jangan buang masa” ialah satu ayat yang kita sering dengar dan kita tahu tapi hakikatnya kita tak faham kerana walaupun kita tahu tapi kita tetap membuang masa begitu sahaja. Tahu ke tak tahu? Itu persoalannya.

Mari kita mulakan perbincangan pengisian atau input ini menggunakan analogi seorang pelukis.

Image result for abstract

TAK TAHU TAK TAHU
Langsung tak tahu dan tak pernah tahu apakah yang dinamakan dengan lukisan abstrak.

TAK TAHU TAHU
Melukis sebuah lukisan abstrak secara suka-suka tapi tak tahu itu adalah lukisan abstrak.

TAHU TAK TAHU
Tahu mengenai lukisan abstrak tapi tak tahu bagaimana untuk melukisnya.

TAHU TAHU
Tahu mengenai lukisan abstrak dan tahu bagaimana untuk melukisnya.

Dalam hal ini ada benda yang langsung kita tak tahu dan tak pernah dengar. Ada pula perkara yang kita tak tahu kita tahu. Contohnya pernah tak anda dengar intrumen muzikal bernama didgeridoo atau burung kakapo mahupun haiwan bernama solendon? Mungkin anda pernah dengar mengenai Bumblebee robot dalam cerita Transformer itu tetapi sebenarnya nama itu datang dari nama sejenis lebah yang berwarna hitam kuning berbelang. Apa yang kita tak tahu ialah juga merupakan nama sejenis kelawar kecil yang habitatnya di tenggara Thailand dan Myanmar.

Image result for bumblebee bat

Oleh itu kita kenalah menjadi insan yang sentiasa terbuka untuk menerima ilmu serta pengetahuan. Kalau kita tak tahu kita akui kita tak tahu lantas kita tanya dan belajar. Perkara yang kita tahu tak tahu contohnya kita tahu mengenai sebuah violin dan kalau kita mempelajari cara bagaimana untuk bermainnya pasti kita akan berada dalam peringkat tahu-tahu. Sekiranya tidak ia akan hanya menjadi input atau pengisian mentah yang yang digunakan sebagai pengetahuan. Ia hanya keluar sekali sekala dalam perbualan seharian dan yang peliknya mengenai otak ialah ia akan men”delete” atau membuang memori yang tak penting dan hanya menyimpan memori yang penting dan bernilai untuk diri kita.

Kesimpulannya carilah sebanyak mana input dan ilmu kerana ilmu tak akan datang bergolek kalau kita tak pergi mencarinya. Kalau kita duduk di dalam sebuah kampung yang jauh dan saban hari bertemu dengan orang yang sama, dalam kelompok yang sama maka tak banyaklah ilmu yang akan dapat kita pertingkatkan dalam diri nanti. Tontonlah televisyen, bacalah majalah dan buku, layarilah internet, berbicaralah dengan orang baru, hadirilah ceramah di masjid dan sebagainya kerana ini semua merupakan media kemasukan ilmu yang baru ke dalam diri. Ia pastinya lambat laun akan membuka horizon minda dan membawa kebaikan yang banyak dalam diri kita.

Hakikatnya kita tak perlu tahu semua benda dalam hidup. Kita mungkin menjadi seorang yang luas pendangan dan berpengetahuan tinggi. Itu sahaja. Lainlah kalau kita nak masuk dalam rancangan kuiz “Who wants to be a Millionaire” supaya kita dapat menjawab semua soalan kuiz tersebut dan kalau menang kita akan mendapat sejuta ringgit! Hakikatnya dalam jangmasa hidup yang pendek ini kita TAK AKAN dapat menguasai semua ilmu yang ada di mukabumi ini.

Image result for who wants to be a millionaire

Sebenarnya kita hanya perlu mendapatkan ilmu tertentu dalam bidang tertentu yang kita ceburi. Kukuhkan mana ilmu yang perlu dan tak perlu kukuhkan mana yang tak perlu. Saya pernah bertemu dengan Billionair yang hebat dalam perniagaan tapi lemah dalam penguasaan bahasa. Pelik bukan? Tapi itulah hakikatnya.

F – Gagal
E - Lulus
D - Memuaskan
C - Sederhana
B - Baik
A - Cemerlang

Dalam apa juga ilmu ia bemula dengan tak tahu atau dalam kategori F. Kategori gagal. Kalau kita belajar sedikit maka kita akan faham dan lulus. Masuk dalam kategori E. Dalam hal ini ini untuk menguasai sesuatu pelajaran dalam apa bidang sekalipun kita kenalah mengulangkaji dan mendalaminya maka lambat laun ia akan meningkat dan terus meningkat hingga kita masuk dalam kategori A dimana kita memahaminya secara menyeluruh. Kalau kita pergi sekolah atau kolej tapi hanya dengan kelulusan 50 markah atau dengan gred purata (CGPA) 2.0 maknanya kita tidak cukup mendalami ilmu dalam bidang yang kita ceburi itu. Dalam hal ini kita perlu berusaha lebih gigih lagi untuk mendalaminya lebih jauh lagi. Kita belum masuk dalam kategori tahu tahu.

Kita memberi alasan yang pelajaran itu susah, kita tak dapat memahaminya, kita kata kita lembab, kita tak minat atau kita salahkan cikgu yang tak pandai mengajar dan sebagainya TAPI kenapa ada kawan sekelas kita yang dapat kelulusan A dalam matapelajaran itu? Adakah kerana mereka punya 3 otak? Pastinya tidak. Kalau kawan kita boleh dapat kelulusan A maka pastinya kita juga boleh mendapatkan keputusan yang sama. Hakikatnya kita yang malas belajar dan mengulangkaji.

Image result for big brain

Apapun pilihlah apa juga bidang yang anda minati dan dalamilah ilmunya maka lambat laun dengan ilmu, pengalaman dan praktikal yang anda jalankan akan menjadikan anda seorang yang hebat dan cemerlang. Apa yang menjadikan anda luar biasa ialah bila anda boleh mencipta sesuatu yang baru dengan ilmu yang ada dalam diri anda itu. Doktor yang luarbiasa ialah doktor yang menemui penawar atau kaedah baru melawan penyakit, jurutera yang luarbiasa ialah jurutera yang mencipta kaedah baru yang lebih berkesan untuk membina bangunan contohnya. Begitulah seterusnya. Semua ini masih dalam rangkuman menjadi khalifah di mukabumi untuk memakmurkannya.

Jom jadi tahu tahu dan janganlah buat tak tahu!

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang lain yang dijodohkan dengannya.

1 comment:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete