SUMBER PRIMARY DAN SECONDARY DALAM DIRI MANUSIA
Mana-mana
manusia yang dilahirkan di mukabumi ini akan mendapat dan bertemu dengan elemen-elemen
yang yang bakal saya terangkan ini. Pertama bagi manusia yang cukup sifat
mereka akan akan mendapat masa, tenaga, anggota dan pancaindera bermula sejak
kelahiran. Kita akan dikurniakan wajah yang lengkap dengan mata yang boleh
melihat tak kesahlah anak mata kita hijau, biru, hitam mahupun coklat, dengan
telinga yang boleh mendengar tak kiralah bagaimana bentuknya, mulut yang boleh
bercakap dan sebagainya. Kita juga akan dikurniakan dengan nyawa, masa dan
tenaga secara percuma.
Jadi
di sini saya menamakannya sebagai elemen primary. Ini kerana semua orang akan
dikurniakan dengan elemen yang sama. Anda ada saya pun ada. Inilah modal utama
diri kita.
SUMBER PRIMARY
Masa
Tenaga
Anggota
Pancaindera
Akal
Fikiran
Dalam
elemen primary inipun hakikatnya kita tak diberikan manual ketika kita
dilahirkan. Tak seperti tatkala kita membeli sebuah smart phone maka kita boleh mendapat manualnya secara online
bagaimana untuk menggunakannya namun demikian kita tak habispun membacanya dan
dalam banyak segi kita tak menggunakan sepenuhnya keupayaan smart phone tersebut. Banyak aplikasi
tak pernah kita sentuhpun. Samalah macam otak manusia, menurut saintis kita
hanya menggunakan hanya sebahagian kecil dari keupayaan sebenar otak kita.
Oleh
kerana manusia dilahirkan tanpa manual maka kita menggunakan semua elemen yang
ada dengan sesuka hati penuh dengan pembaziran. Kebanyakan ibubapa juga tak
pernah mengajar kita menggunakan semua elemen ini secara objektif. Mana pernah
bapa kita buat sesi pengenalan bagaimana nak guna mata, telinga, otak, masa dan
tenaga sebagai contoh? Kalau pernah memanglah bapa anda seorang yang hebat!
Tanpa
manual ini maka kita melihat apa sahaja yang ingin kita lihat baik dan buruk.
Kalau guna mata untuk membaca dan memasukkan ilmu pengetahuan tak mengapalah,
masalahnya kita gunakan untuk menonton pornografi, mengendap, berjudi dan
sebagainya. Kita punya masa kalau guna untuk kebaikan tak apalah. Masalahnya kita
gunakan untuk perkara yang tak berfaedah dan sia-sia. Kita ada masa kita tidur!
Di
sini dari elemen primary ini sudah kelihatan
perbezaan di antara orang gagal dengan orang yang berjaya. Masa orang berjaya
penuh dengan pengisian ilmu pengetahuan dan perkara yang berfaedah sedangkan
masa orang yang gagal penuh dengan sesi lepak, main gajet dan sesi sembang teh
tarik. Tenaga orang berjaya digunakan untuk mencapai misi dan visi sedangkan
orang yang gagal kedekut dengan tenaganya.
Ingatlah
tenaga dan masa ini umpama seketul ais yang mencair samaada kita menggunakannya
atau tidak. Bila kita tua masa dan tenaga kita semakin kurang dan ais kita
semakin kecil namun terus mencair hinggalah penghujung hari bila kita mati
nanti. Ais pun habis.
Tak mengapalah
kerana di sini dalam blog ini saya akan menghuraikan segala yang perlu anda
tahu mengenai elemen primary yang ada dalam diri kita ini dan kaedah yang
terbaik bagaimana untuk menggunakannya. Kita akan belajar mengenai penggunaan masa
dan tenaga, anggota dan pencaindera secara berkesan bagi mendapatkan keuntungan
dalam kehidupan kita di masa-masa yang mendatang.
Apa
yang anda perlu buat ialah membaca semua pengisian-pengisian yang saya sampaikan
dalam blog ini. InshaAllah ia akan menjawab semua persoalan kehidupan anda dan siapa
tahu mungkin akan menjadikan anda orang yang berjaya lagi luar biasa!
SUMBER SECONDARY
Seterusnya
elemen Secondary atau elemen luaran. Dahlah
elemen primary kita ke laut penggunaannya tanpa manual tanpa matlamat yang jitu,
ia ditambah pula dengan elemen secondary
yang terdiri dari apa yang kita pelajari sejak kecil hingga dewasa yang bakal
membentuk sikap dan sifat, ilmu pengetahuan dan kemahiran dan sebagainya.
Sebagai
contoh, bagaimana bapa yang gagal nak membentuk anak yang berjaya? Bagaimana bapa
yang kerja kerajaan nak ajar anaknya cara-cara untuk menjalankan perniagaan?
Ibu yang negatif mengenai semua perkara, itu tak boleh ini tak boleh bagaimana
nak membentuk anaknya untuk bersifat positif. Yang kita jadi anak pula ikut
sahaja apa yang dikatakan oleh kedua ibubapa kita itu walaupun mereka mempunyai
prinsip dan pegangan hidup yang salah.
Katalah
ibubapa kita percaya yang kita tak perlu belajar tinggi-tinggi kerana kata
mereka Lim Goh Thong pengasas Genting, Mark Zuckerberg pengasas Facebook, Bill
Gates pengasas Microsoft semuanya tak habis belajar tetapi menjadi billionair. Adakah
kita akan memegang prinsip tersebut dan menjadikannya matlamat kehidupan kita?
Kesedaran
mengenai semua ini amat penting supaya kita tahu mana yang betul dan mana yang
salah, prinsip mana yang perlu kita pegang dan prinsip mana yang perlu kita
buang untuk kita mencapai kejayaan di dunia dan InshaAllah di akhirat kelak. Ia
akan membezakan kita samaada kita akan menjadi orang yang gagal, orang yang
biasa-biasa atau orang yang luar biasa sepertimana yang pernah saya huraikan dalam
artikel sebelum ini.
SECONDARY
Sikap
Sifat
Ilmu
Pengetahuan
Kemahiran
Ideologi
dan Kepercayaan
Ugama
Dalam
hal ini elemen primary adalah sesuatu
yang TAK BOLEH KITA PILIH. Ia bukan pilihan kita. Kita tak tahu berapa lama
masa dan berapa banyak tenaga yang Allah kurniakan kepada kita. Kita tak boleh
pilih bentuk, rupa dan tubuh badan kita. Kulit hitam putih ke coklat semuanya ketentuan
Allah. Kalau boleh semua perempuan nak rupa Neolofa atau rupa Miss Universe agaknya.
Kita juga tak boleh pilih kepada keluarga mana kita dilahirkan. Kalau boleh
semua orang nak dilahirkan dalam keluarga yang kaya, bahagia lagi berada
agaknya.
TAK BOLEH PILIH
|
BOLEH PILIH
|
Masa
|
Ugama
|
Tenaga
|
Ideologi
dan Kepercayaan
|
Anggota
|
Sifat
|
Pancaindera
|
Sikap
|
Rupa
|
Ilmu
Pengetahuan
|
Warna
Kulit
|
Kemahiran
|
Ibu
bapa
|
Pekerjaan
|
Namun
demikian kita BOLEH PILIH elemen secondary.
Ini kerana elemen luaran ini perlu kita cari dan masukkan dalam diri. Kita boleh
pilih sifat dan sikap mana yang kita suka, ilmu pengetahuan dan kemahiran, pegangan
nilai dan prinsip malah ideologi dan ugama.
Elemen
ini berada di luar sana dan sering kita dengar dari ibubapa mahupun guru yang
inginkan kita menjadi orang yang berjaya, dari ustaz-ustaz dalam rancangan
televisyen yang menyampaikan pengisian ugama agar kita menjadi orang yang
berakhlak mulia serta beriman dan beramal soleh kepada Allah Taala mahupun dari
motivator-motivator yang menyampaikan input-input kecemerlangan. Buku-buku,
artikel, template yang memaparkan tentang kejayaan juga bersepah di luar sana. Belum
lagi saya jumpa buku yang bertajuk Bagaimana Untuk Menjadi Orang Yang Gagal
atau Rahsia Menjadi Orang Biasa-Biasa. Semua yang ada ialah berkenaan kecemerlangan
dan kejayaan.
Malangnya
pengisian-pengisian begini tak berapa disukai ramai. Kalau terbuka rancangan
Forum Perdana di televisyen cepat-cepat tukar kepada rancangan hiburan dan
lawak. Itu lebih menyeronokkan. Kalau ibubapa memberi arahan dan menerangkan
tentang itu ini mengenai kehidupan buat acuh tak acuh sahaja sebab selalu
sangat dengar katanya. Bila ibubapa hantar pergi kelas motivasipun pergi dengan
separuh hati.
Jadi dalam
hal ini secara objektifnya apakah pilihan kita dalam pengisian elemen secondary ini? Adakah kita mengikut
sahaja perjalanan kehidupan ke kiri dan ke kanan mengikut nasib? Atau adakah
kita memilih hanya yang seronok dan berkiblatkan nafsu semata-mata? Atau adakah
kita mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh ibubapa kita? Atau adakah orang
lain yang menentukan perjalanan kehidupan kita?
Bukankah
kita punya akal fikiran untuk memilih nilai dan prinsip yang mana satukah yang
paling baik untuk kita masukkan dalam diri? Gigih, rajin atau malas? Pemurah
atau kedekut? Sabar atau Pemarah? Memilih untuk belajar hingga peringkat
tertinggi, memilih bidang mana yang ingin kita ceburi, memilih sukan mana yang kita
sukai, memilih pekerjaan apa yang ingin kita lakukan mahupun memilih ugama
manakah yang ingin kita anuti dan sebagainya?
Kesedaran
dan kefahaman tentang diri kita sendiri sebenarnya amat penting kerana diri kita
sendiri merupakan modal untuk berjaya kelak. Lagi besar modal yang ada lagilah besar
peluang untuk kita berjaya. Lagi banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran, sifat
dan sikap yang cemerlang, hubungan yang baik dengan Allah dan sebagainya pastinya
akan mengukuhkan modal diri lantas memudahkan diri kita untuk mencapai kejayaan
yang kita impikan itu.
Kesimpulannya
gunakanlah mata, telinga dan mulut dengan efisien, gunakanlah akal fikiran
untuk mengalahkan nafsu, gunakanlah masa dan tenaga dengan cara yang berkesan untuk
memasukkan pengisian dan kemahiran yang baik dan sebagainya untuk menjadikan
kita sebagai manusia yang luar biasa lagi cemerlang!
Ikhlas,
FY Al Haj
0166667430
Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY
harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat
kepada orang lain yang dijodohkan dengannya.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
www.arenakartu.cc
100% Memuaskan ^-^